::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

kebun cili di tepian jalan dakwah

 salam alaik





Tak ditujukan pd sesiapa actually. Dah lama simpan dlm hati perkara ni terhadap ramai org yg muni jumpa slama muni hidup ni. Sesama akhawat, sesama kwn yang berusrah mahupun tidak, sesama ahli keluarga dan ramai lagi orang lain.

So, jika antara kalian ade yg termakan 'cili' muni, especially rakan-rakan di group Circle Munie di Facebook, (muni sure pasti ada) muni mtk maaf sgt2. Bkn directly tuju pd kalian tapi semoga kalian dpt sdikit pengajaran or at least tau ape yg muni rasa. Jujur muni  terkilan. :(

Muni xpenah beralasan, harapnya kalian pn begitu. Muni tak cakap muni bagus dan muni tak leh nak suruh semua orang jadi sama atau lebih baik dari muni. Semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cumanya, hargailah usaha org lain dlm usaha dakwah ni. Kan dakwah tu maksudnya mengajak, juga menegah perkara yg dilarang agama. Bukan mudah nk mengajak orang, lagi-lagi dlm perkara kebaikan tau? Lebih mudah nak ajak orang pergi tengok wayang dari ajak orang iktikaf di masjid kan? Dan dalam usaha mengajak (dakwah) ni banyak usaha yang dilakukan. Ada yg susah-susah wat event seperti daurah, usrah, jaulah, iftar,etc, ada yang menjemput, ada yg menyusun kata utk menasihati/memperingat or buat slide utk presentations dakwah hinggalah sekecil-kecil jadi tukang drebar, tukang masak, tukang fotostat. Percayalah ia memang berat dan sukar dan selalunya perkhidmatan mereka adalah FREE OF CHARGE!

 Jalan dakwah ni bukan mudah kerana ia melibatkan manusia yang berakal. Lagi senang nak ajak ayam masuk reban tau? Dakwah dan tarbiyah memerlukan keikhlasan dan kesabaran. Dah lah kena berhikmah pula. Kan? Maka dengan itu, sejauh mana kita ikhlas nak bantu agama Allah? Dan paling tidak, sejauh mana kita nak bantu diri sendiri? :( 

Astaghfirullah.. Jari yang menaip ni, hati yang menukilkan dan mata yang melihat ni lebih dekat dengan mesej ini. Teguran utk muni diri sdri dan smga bermanfaat pd kalian sidang pembaca.

Oleh itu, sesiapa yang termakan 'cili' yang diadun dengan belacan kasih sayang muni ni, ketahuilah, yang menumbuk sambal ni amat mencintai kalian (i cried typing this). Saya sayangkan kalian kerana Allah. Tak tipu. Makanlah sambal ni dengan nasi ulam dan ikan masin. Pedas tapi sedap dan insyaAllah saya harap kalian akan 'kenyang' nantinya. Bersyukurlah organ perut anda dah kenyang  makan rezeki Allah bagi. Inilah masanya nak 'bayar balik' harga rezeki yg Allah 'belanja' kita setiap hari dan kita mahu perut ruhi kita juga kenyang, perut neraka kosong sikit tak ramai orang masuk dan banyak perut-perut yg kebulur di sempadan benua sana terisi dengan rezeki Allah yg Maha Pemurah.

Hari ni muni menumbuk lumat cili-cili ni utk kalian makan, harapnya next time kalian pula yang sudi kupaskan bawang utk muni. Biarlah pedih berair mata, insyaallah hidangan itu pasti lazat. 

p.s. Post ini paling sukar utk sy ditulis dan rasanya agak sukar utk dibaca. Kan? Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak, mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, mohon dihalalkan yg terlebih dan yg terkurang.

Wednesday, May 25, 2011

sedetik lebih

lagu asal:

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanMu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanMu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari diriMu Tuhan
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku…
Ku amat mencintai Kamu
Kerna Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Kamu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari diriMu Tuhan
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku…
Ku amat mencintai Kamu
Kerna Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


# selepas sedetik dari infiniti tetap infiniti
# Tuhan tiada diri (jasad) yer..
# Tetibe aku teringin nak tukar wordings lagu anuar zain ni jadi cmani sbb merasakan manusia tak deserve mendapat pujaan cinta sebegitu rupa.
# tapi dlm masa yg sama, tiada manusia yang mampu menyintai seperti cintanya Allah kepada hamba-hambaNya.
# jadi hanya penipuan belakalah lagu itu ekk.. huhu
# ku syukur Allah berikan aku nafas dan nyawa, jantung dan jasad, merasakan kesusaha dunia dan kesenangannya juga, merasai cinta manusia dan terima kasih Allah.. securang-curangnya aku, masih lagu sudi Kau pandang..

(pokcik Google Image) masih jauh perjalananku harapnya.. ia bakal tamat dengan hadirnya ajal. atau berhenti seketika di anchoring area utk melihatkan semula carta perjalanan yang telah ku lalui. wahai Kekasih, ku ingin bertemuMu, ingin melihatMu seperti aku mampu melihat bulan dan matahari terbenam.. ku tak mampu mencintaiMu seperti para penghuni Firdaus. lebih-lebih lagi rasulMu Muhammad yg mulia. juga  Nuh yang menguasai ilmu perkapalan dan perlayaran. apa nilai ilmu yg ku pelajari andai tak mampu menggunakkannya utk perlayaran dlm pencarian cintaMu.. nah, mana nilaiku? mana tarafku? siapalah aku di mataMu? wahaiTuhan.. wahai Kekasih.. terima kasih.. sekurang-kurangnya, aku telah 'boarding' atas bahtera kasih dan keampunanMu..

Saturday, March 12, 2011

kawan2 dah.. aku bile?

salam subuh buat kalian..

hmm muni ada cerita yang boleh dikongsikan.. cuma takde karangan ayat yang sesuai yang menggambarkan perasaan muni sekarang. well.. muni.. hmm..

muni jeles!
eh tak.. muni bersyukur!
yes.. tapi muni jeles!
wahh...

hari ni, muni berpeluang untuk tak study langsung dan berseronok dengan rakan-rakan baik yang berbeza-beza saling tak mengenali dan yan gpaling penting, solehah. hehe.. main badminton, jumpa kawan minum2, dengar talk di masjid on religion comparison dan sesi muhasabah all night long (hanya berdua). subhanallah.. setiap kawan yang muni jumpa berubah dengan sangat konsisten dan istiqamah. bersyukur melihatkan mereka..timbul perasaan jeles.. cemburunnya saya!!

cemburu dan saling berlumba-lumba utk beribadah adalah perkara yang sihat kan? hmm.. insyaAllah.. harap2nya, muni dan rakan-rakan boleh berkumpul bersama-sama di syurga nanti. hee.. :) mereka nih.. huuu calon syurga kot. insyaAllah..

melihatkan cara dressing yg berubah, mereka dah berubah. munie, kau bile lagi??

p.s. siap la.. dpt duit elaun nanti.. huhu.. akan ku lakukan perlaburan akhirat dari pakaian2 busana. yieha!!

*** bile nak buat slot yang akedemik ek.. lagi2 tentang religion comparison tuh. =\

Sunday, December 12, 2010

tak pasti tapi aku bersyukur

salam.

ini tentang result. baru tersenarai di senarai tampal. err.. tak pasti tentang result sebenar tapi ku akui, ku insafi, ku yakini dan ku benar-benar naik saksi yang tiada Tuhan selain Allah! kalau bukan keranaNya tak mungkin aku boleh terharu begini.

tak boleh anggap aku dapat 1st class semester ni lantaran aku pun seorang yang kurang tekun dalam perkara yang kurang ku minati (belajar) tapi alhamdulillah.. berkat aku merinduiNya.. wahai Allah.. kekasihku.. ampunkan aku.. selama ni aku curang padaMu.. :( tapi Kau balasi aku dengan gred A. Kau telah 'reply' mesejku dengan kata-kata cintaMu dan 'hadiah-hadiah' cinta dariMu.. sungguh! hanya Kau.. Kekasih agung!

***tak tau nak cakap ape. beyond words***

THANK YOU ALLAH

Thursday, November 25, 2010

homecoming/report duty

irashshaisiburi.. :)

sedar tak sedar, dah nak melangkah alam pekerjaan. hari ni paper kedua. check email, ada emel dari saudara kesayanganku tentang perihal solat. thanks abe.. :) emel kedua datang dari Sponsorship Department of MISC for homecoming plan ataupun report duty (hantar standby nak kerja). isn't this a bit early?

nak kena kerja dah ke? kontrak 8 tahun dgn MISC, big deal ok? masa sign kontrak dulu, tak kisah sangat sebab nak peluang pekerjaan dan tanggungan pengajian. now, when the time is almost come, holly ship.. emm.. kena la ikut jugak kan? but ma'am.. i didn't prepare to be a Marine Engineer! i am an Artist! huuuu

tapi kan.. macam dapat rasa je kena jadi lecturer mengajar di ALAM Melaka or di Batu Rakit, Terengganu. most probable workplace is ALAM Terengganu. huhu jauhnye.. jadi lecturer agak boleh terima akal andai saya jadi lecturer UiTM Medic Campus kat Teluk Intan tapi ni kat Batu Rakit Terengganu!! waaa...

chokomatte! masih belum grad kan? hehe dah emo lebih2. terkezut dengan peringatan hantar notis kerja la nih. huhu. taknak hantar lagi boleh kan? konon2 tak abis exam, nak study lebih. wek! :p

baiduwey, ada cerita best yang saya nak kongsi pada anda semua. i downloaded a documentary, "Muhammad, The Legend of Prophecy". nak download? click this. i just watched and somehow, ia mengingatkan saya tentang tanggungjawab ataupun amanah. what knock me most is amanah yang Rasulullah pikul adalah way much more gigantic than we do. sy cuma ada tgjwb sebagai pelajar@siswi di UTM but tu pon susah sangat nak dijayakan. apelah sangat nak dibandingkan dengan amanah rasulullah. huuu~

emm i better get stop writing and continue study.  *still shocked*

Saturday, November 20, 2010

sumimasen...

jenguk blog sana sini, jenguk status Facebook sana sini, banyaknye nak cerita pasal kawin. adakah semua page orang dewasa? huhu. aku takut juga dengan penyebaran video romantis pengantin di blog-blog termasuk blog aku menimbulkan angan-angan pada orang lain. angan-angan itu pintu masuk syaitan ke badan manusia.

therefore, i'm sorry guys. terasa cam jadi punca kpd angan-angan org lak. 


dah la banyak post perkara-perkara mengarut je sekarang. personal diaries. :( tujuan penulisan blog pada asalnye dulu cuma nak online diary, private stuffs. well, lebih baik buat sesuatu yang ada manfaat. jadi, blog ku dah jadi tempat kongsi ilmu sikit2.. publisiti tak lebar luas pun. malas blog-walking pun. tak banyak input sangat pun. huhu. join blog pun sebab nak cari ilmu kat blog orang. jadi bila nak banding dgn blog sendiri, malu je.. :(

Friday, November 19, 2010

aku nak kawen. hukhuk




hmmmm... aku dah amat teruja mahu kawin! hahhaa.. tgk video orang kawin punya pasal. ehehhe..


 

dari CST Production


hehe mode PERASAAN. hehe.. takut juga tengok video orang bercinta nak kawin. if dah kawin tak kisah sgt sbb bagus la mereka beromantika. aura kasih syg mereka menular2 ke org lain. :) tapi seram pula aku tengok video yg belum kawin. ewah.. romantik je awk yer. hee

kalau masa puppy love dulu, tak ingat n indeed, aku tak tahu tentang hakikat org bercinta apatah lagi hakikat perkahwinan. usiaku sekarang sudah 22 tahun. pd umur yg sama, ibuku dulu sudah punya anak yang berusia 2 tahun. :) dah layak la nak kawin kan. :P penting, sekarang aku tahu perkahwinan itu tak seindah mata yang memandang. yes, public, orang boleh berlakon dan aku adalah pelakon handalan yer, i tell u. :P

agak menyedihkan, perkahwinan orang melayu terikat dgn budaya dan kebiasaan. aku cuma ingin yang simple dan selari dgn kehendakNya. kesian pd kawan2 yg sudah teruja atau sudah jatuh hukum wajib berkahwin, dek kerana masih belum punya pendapatan tetap, masing2 takut utk meluahkan rasa pd ibu bapa.. termasuklah aku.. well.. tahu la kan.. nak kawin, byk kne prepare. jenguk planning Akram dulu, mahal gile! haih.. belum yg siap buat short movie tu kan?

apa yang penting ialah kehidupan after marriage. sekarang belum kahwin, membayangkan yg indah2. bak kata org, the fact is ugly, not as beautiful as u dream. siyes aku takut nak kawin. kawan2 sume dah menggatal tnya aku bila nk tunang, bila nak nikah. aiyaa.. ni susah nk jwb nih.

emmm... aku nk jadi baik dulu baru kawin boleh x?

bakal suami, tunggu aku jadi baik dulu eh. ko pun ubah diri jadi baik jugak taw. malas tunggu, malas berubah, ko blah. bole aku cari yg lagi encem. akakaka

Tuesday, November 2, 2010

terkejut x? ngeh3

salam alaik.. 

hello everyone. wewewe~ ni bile tgn dh xtahan nk update blog. hahaha!

well.. ni utk sementara je. so..wait for the nest surprise! korg mst jeles. wek! 

well.. arini nk update blog krn arini adelah tarikh istimewa buatku.

2 November 2010

hehe... so, cmne ngn hari korg pd tarikh ni? xmo cter? xpe2. simpan dlm ati ;)

ni tarikh birthday sy yer kwn.. birthday ok? hehe.. smgt gile aku. huhu. tp penertian birthday lebih jauh dr tu kan.. anyhow, aku dah tua??!

22

big number k. tp alhamdulillah.. wpn dah TUA tp org kata makin tua makin bergetah. (applied only to pokok getah). jadi, makin tua makin berpengalaman. makin tua makin byk pahala. (ehem! insyaAllah) makin tua, makin ayu lagi jelita. wawawa

namun, makin tua pn makin byk kumpul dosa (andai xterampun.naudzubillah!) makin tua makin miang bagai resam si keladi. makin tua makin tua makin huduh. aduh.. 

sbnrnye umur aku ni ok je la kn utk start new life kan.. start ade career, start utk "ke arah penerokaan samudera" (motto Marine Technology), mule beranak pinak, eheh..kawin dulu kak! err.. ni ssh nk cter nih. nk nikah scpt mgkin tp nk kne ade pride dpn parent dlu. xnk dsgka buruk oleh spupu2 n sdara2 mara yg lain. so.. chill babe!

p/s utk kak2 yg teringin nk berlaki, kte xley nk watpe slain tulun mane2 yg patut. 
p/s utk abg2 yg dh gatal nk berbini (waa kasor), gambatei! jgn malu2 nk gtau nk kawin ngn si dia kt parent. kawin awl lg bagus. kn anak tu pembawa rahmat n tumpahan rezeki pd keluarga? ;)

ehh tidak lupe. thank u for all those who wish me heppy birthday. ade dkt 100 org gk kot yg wish. wow.. xsgka ade kwn seramai tu.. alhamdulillah ya Allah.. berkatilah hdup rakan2 dan sahabat2ku.. semoga semuanya dlm belaian hidayahMu dan di dlm dakapan kasihMu.. ameen.. (romantik kan? hehe)

ok la kamu2 sume. tq sudi mmbaca. isnyaAllah tepat sebulan dr tarikh ni, blog ni akn berwajah baru dan tidak selekeh lagi. insyaAllah jumpe lg. ilalliqa' maa' assalamah.

Wednesday, August 18, 2010

ter'variety'

salam alaik


saje nk bubuh something kt bwh ni. utk dkongsi~ :)


walaupun dah beratus2 komen kt cni, muni nk jgk komen. =)

thanks atas entry ni. sume cter ttg nak jadi jodoh yg bak after bace post ni ek? alhamdulillah~

meh nk tya kt iqbal, pe nak buat kalo dah ade boypren? selain kata pisah la.. sbb itu kputusan yg sukar n personally, muni tgu je dy yg lafazkan kata perpisahan.

makin muni nk jd baik, mkin la dy xsuke. tp 1 masa yg lain, dy bangga plak. yeappeda~ mujurlah sbnarnye muni xlanjut mncintai sesiapa lg termasuk bf nih. uhuhu

iqbal kne komen blik taw. ;)



Agak berat soalan ni~hehe..dalam satu cabang ilmu fikah,ada satu kaedah bernama 'saddu al zarai'k' iaitu menutup peluang maksiat.Jelas,couple membuka ruang maksiat...tapi kalau munie yakin yg munie mampu kawal diri,y not?minta fatwa hati,kerana Allah dah jadikan hati kita berasa gundah,serabut dan risau jika dah melakukan dosa dan memberi ketenangan jika berbuat kebaikan.

So,munie boleh check,bila agak2 mcm rasa bersalah...cepat2 la jauhkan diri sikit,kerana itu kan tanda dosa.

Dan yg paling penting,Tiada ketaatan kpd makhluk dlm perkara yg berdosa.Jika 'si dia' tak suka kita menjadi baik,maka wajib kita tinggalkan dia..sedangkan jika ibubapa ajak kita buat dosa pun wajib kita lari,ini apatah pula outsider kan?

Moga menjawab persoalan~


teneneteneett!

apakah tok? tok balas2 komen2 dgn IqbalSyarie. hari ni aku duk bace dan faham blog2 org jek. ngee~ alhamdulillah.. ilmu sume. berguna dunia akhirat. insyaAllah. >.< xlupa kat HijabViolet post something menarik, yg ak dah pun copy-paste kan. wuu~ sedey hatiku tgk gmbr2 rkyt palestin dtembak suke2 je. nk tembak astray dog kat USA Streets pn kena check ada collar ke x mnandakan bertuan ke x, inikan pula manusia yg sah2 mmg ade Tuan. haish.. manusia laknatullah si Yahudi.  

selamat berbuka puasa! :) 

Wednesday, August 4, 2010

cinta remaja muslim

salam alaik

wahh makin hangat kisah cinta antara remaja skrg kan? aku baru je ternampak gambar2 profile kat facebook rakan2 ku. ada yg letak gambar bersama suami, bersama anak, bersama kekasih (duk jauh-jauh) dan ada juga yang berpegangan, gambar berpelukan, gambar menempel dsb. di page 'rakan terbaik' aku, statusnya berbunyi "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - bnu-majah. adiknya menyambung : btul3...tp,sblm nk kawen ngan wanita solehah jd la soleh dlu..hu2


hiasan je. ^_^
kemudian teruja nak kenal muka adiknya, aku click pada profilenya. wah~ sudah bertunang! bakal suaminya itu masih belajar. kacak sekali wajahnya lantaran suluhan hidayah. :) alhamdulillah.. sejuk hati ummi mereka. :) semoga berkekalan hubungan mereka disulami dengan kasih sayang dan redha Allah SWT. ameen..


dengan tajuk entry sebegitu, aku kurang pandai menulis artikel cinta apatah lagi artikel keagamaan. cuma nak beri pendapat la sket. sumenye berkaitan dgn kisah cintaku yang xkunjung habis. hukhuk


ada suatu ketika, aku bersembang panjang dengan seseorang yg ku anggap bakal suamiku. belum cuba diketengahkan kepada keluarga lagi. masih dlm perancangan. masa tu la.. tapi akhirnya kami berpisah atas sebab tertentu. hati sgt berat ingin bertindak demikian sebab cinta itu terlalu kuat. ak ketuk kepala sendiri. fikir baik2 muni, betul ke ko cintakn sifulan ni? jadi aku tanya pd fulan itu. adakah kasih-sayang kite kerana cinta yg benar atau sekadar nafsu semata-mata? dia tanya semula padaku. mungkin dia tak mahu menjawab. 


yes, kasih sayang kita berlandaskan nafsu kerana
1 - kita terlalu sayang to each other sehinggakan kita tak sedar siapa yang lebih layak untuk cinta itu . hanya Dia yg layak kerana Dialah yg menurunkan 1 bahagian dari kasih-sayangNya pada makhluk2-Nya kt bumi ni. Dialah yang menciptakan rasa itu. kasihNya tak perah bersempadan.
2 - kerana sayang, kita telah mengabaikan banyak perkara seperti melewatkan solat, memanipulasi soal yes-or-no dlm hubungan lelaki dan perempuan ajnabi dan pelbagai fikh yg lain.
3 - iman turun naik dan bila dah turun, sukar nak naik balik. (faham2lah kan..)
4 - hati menjadi lemah kerana selalu mengenangkan suka-duka dlm hubungan


yeslah..kan in a relationship..yg blum dpt certificate dr Allah lagi..mmg la susah. mcm org nk cari keje, kalo takde sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan, sijil2 akedemik, sijil sokongan dan resume, mane ley approve keje. sama la mcm hubungan. kalo takde pengorbanan nak 'fotostat sijil2', usaha nak 'taip resume' dll, xmungkin Allah nak terima. takkan diterima dlm agama. tu pon kalo org keje, mesti disaring dulu. apatah lagi bab nikah dah hubungan ni. lagilagilagilagilaaahhh payah nk sebut. sbb tu lah ia adalah urusan Allah. xperlu la cari 'kabel' or 'org dalam'.. xperlu la nk berharap sgt. doa jela byk2. kot2 kalo dpt, itulah takdir yg telah termaktub dalam buku kita kt Luh Mahfuz sana. :) redha la pada ketentuannya spt dlm rukun iman ke 6 beriman kpd qada' dan qadar.


yes.. hati kami sakit. kami saling sayang, saling ambil berat, saling mengingatkan, saling mengejutkan solat subuh (sy jarang2 la. kui3), saling kerinduan, tapi kami akhirnya sedar tentang hakikat cinta yang sebenar. bukan berlandaskan angan-angan dan amalan yang masyarakat sekarang agung2kan.. jadi kami decide utk berpisah.. (╯︵╰,)


kononnya skrg kami mempunyai teman istimewa masing2, namun kami bertekad utk sentiasa sedar di mana letaknya tahap cinta yg sewajarnya. cinta pada rakan-rakan hanya yang sekdar wajar sahaja. :) cuma berusaha utk menjadi calon yg baik. hehe


camane pon, sy tabik spring pada adik si fulan itu kerana berjaya menghandle cintanya dgn baik. sy yakin, ia bukan cinta yg mcm couple2 ni rasa tp ia adalah kebahagiaan di atas kewaspadaan dari dosa. kurang in contact, sentiasa berusaha meningkatkan iman dan prestasi hidup. subhanallah.. muda lagi mereka tapi amat matang kerana berpegang teguh pada agama Allah. 


"sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang siapa mengkehendaki (kebaikan paa dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju Tuhannya" [77:29]







Sunday, July 25, 2010

salah ke aku kapel???

salam.

aku agak kecewa ngn perangai segelintir rakan2 yg menganggap bila dah berpasangan, hidup akan akan lebih terkongkong. hello~! tlg sket. aku tak suka kalo pasangan aku nak kongkong aku taw. n aku bersyukur sangat Hafiz tak mengongkong orangnye. selagi tak bercanggah, selagi tu masih diterima, diizinkan.

apa masalahnye ha?? kalo dah kapel, dah tak ley nak ajak pegi camp? dah tak ley bagi pendapat? dah xley nak share rahsia and personal stuff mcm dlu ngn aku? ape.. ingat aku ni duk kat dlm periuk?? berkepit ngn boypren ak 24/7 mcm katak duk dlm tempurung??

tolong la wey.. aku sendiri tak memandang kapel sbg ikatan yang sah, yan gley diterima agama. aku sedar. aku cuma jadikan hubungan tu sbgai peluang utk belajar ttg lelaki. menimba ilmu. at least, aku ada lebih satu peluang utk berkahwin. yes! aku nak kawin. at least bile dah nak kawin, aku dah ada calon. tu je. tak lebih.

jadi kenapa kawan2 aku mcm nak jauhkan diri dari aku? bajet aku dah tak sayangkn korang ke bile aku dh syg kat b aku nih?? plz la.. open la sket..

haih.. tgh marah n rase amt kecewa.. mgkin pndpt aku pn slah. hope ade yg sudi nk komen.

cop! ni bukan aku ea.

Wednesday, July 21, 2010

hari yg tak bersejarah tapi byk makna

salam alaik.

hari ni Rabu, 21st July 2010. banyak perkara terjadi start dari pukul 12 dinihari tadi sampai la pukul 6.03 pm nih. semua mengakibatkan aku mengalirkan air mata. masih tak stabil kah diriku? 

adik beradik aku lahir pada 21 hb pada bulan yang lain. sorang 21 feb sorang lagi 21 jun. aku lahir 2.11.88, nak dekat same la kan? (hehe nk jugak same). 21 July ni tarikh lahir walid. sahabat akedemik aku. ^____^ selamat hari lahir ye kamu. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi dgn rahmatNya. ceria-ceria selalu ye birthday boy! =) 


nangis ke? takdelah. nangis sebab aku rindukan rumah. yelah.. birthday dy kan same ngn birthday adik2 aku. ;)

bangun pagi tadi sudah kelewatan mahu ke kelas. 7.35am. sedang cemas kebingungan masih lagi sempat terlena 10 minit. jadi, 7.45am baru bangkit bermandian dll. pukul 8.15am baru siap dan berangkat ke kelas. oleh kerana kasut masih baru, amat sakit la aft part kaki aku kan.. melecet menyebabkan aku tak bisa berlari. so, dah lambat pon jalan slow2. tapi bawak moto jangan citer la. terselak tepi seluar mat bangla FKE. kuikuikui..

nangis ke? takdelah. lepak la.. lewat g kelas je kot.  hehehe

lepas kelas, pergi temankan cik fafa berurusan dan bersama-sama si gadis dan cik dayah menikmati sarapan pagi. kemudian menguruskan urusan sendiri iaitu mendapatkan tandatangan pensyarah Fakulti Sains untuk subjek Calculus. perlu ambil borang di Pejabat Akedemik FKM dan bawa borang tu untuk ditandatangani. 

oleh kerana bajet sudah senior dan sure segala, berjalanlah aku perlahan-lahan menuju ke bilik pensyarah tersebut. cari kat C17. then C19. naik pula C21. makmal photonik. makmal elektronik. makmal fizik. makmal nuklear. jalan tanya orang. call my B cari room no kt UTM website. texting joe utk nama lecturer. finally. ada lecturer chinese yg nampak baik hati berjalan sorang2. aku lantas menyoal. oh.. ada di sekian~ baik boh. mucho gracias! 

shoot to the block. nothing~ cari kat noticeboard. nope~ nope~ nope~ ahha! jumpa. alhamdulillah.. dekat je rupanya. aku duk bersusah-payah wat amazing race kat FS tuh. ngeng! ketuk pintu, senyap. pulas tombol, locked! siap ada notis will be at CTL for lecture slot. *siot*

kembali ke FKM ku yang tercinta, terserempak dengan other student yang ambil Calculus dgn lecturer tuh. "kid, i need his contact." "here u are". "Mr Ong ar? can i meet u for consultations today? whenever u're free.". "sure. will be at my room by 2pm". "thanks sir"

this time nangis x? =P

ketuk pintu. "come in!". "sir, i need yr signature for the UG form". zap! siap. ley lak dy usha slip pendaftaran aku. then dy start tanya ape score aku utk sem ni. ketar2 jugak aku. errr~~~~~ then the session longer~~~~

teka, aku dah nangis blum? 

keluar dari bilik pensyarah tu, mataku merah. pegang tisu yang beliau hulurkan tadi, kesat2 cermin mata yang kabur dan hidung yang basah. DIA CAKAP APA EA?

****rahsia****

masuk lorong di berdekatan surau perempuan FKM, aku berborak di telefon dgn B tersayang. apa perkara yang kami cakap, kemudian aku menangis lagi. *stop!*

aku call ibu tp emi yg jawab. nasib baiklah ada cerita sengal dari emi yang buat aku kembali ketawa. :D thanks my dear sister. u're a great reliever. :) [err..bace si emi mnde ni.. xkincup setaun hidungnye]

kemudian sesi berPSM dgn supervisor final projek ku, Dr Zamani. byk sgt yang beliau cerita dan ajarkan, aku dah mula risau. mampukah aku???


dear munie and all the pakciks.

this mangkuk, has sabotaj the disposal. 

i am the mangkuk who let people sabotaged my life. i let boys ruin my life. and i let myself come into the disposal bin. 

now the rahsia dah xjadi rahsia. 

ape yang lecturer tu katekan adelah
  • kalo parents kite tanam pokok rambutan, after 3 years poko membesar, dah boleh dapat ape? pokok tu sure dah boleh bagi buah. tapi parents bela dan besarkan kita, after 22 years, what happen? apa yang kita bagi kat parents? sampah je. daun kering. kang tak pasal2, parents yang kena sapu sampah2 tu. kan? 
  • banyak sangat wrong doings yang telah kte buat. nape kite buat tu sume? tega nya kte. fine la ramai yang dah tak takut dosa tak ingat tuhan. tapi camane pon, cubalah ingat kat muka mak kita pada setiap perbuatan yang kte buat. sampai tak hati kte nak buat kenakalan, kejahatan, kezaliman, and all that negative stuff? BIG NO! 
  • muka ko cantik ape. yang ko takut sangat tu kenapa? tak boleh sabar ke? cuba bayangkan, bila ko dapat 4.0 pointer sem ni, ko dah layak nak wat Master Degree kat mane2 uni pon. ko keluar dengan Master Degree, kerja, rm4000 at least masuk dalam akaun ko setiap bulan. masa tu apa ko nk takut? mesti ada engineer yang taraf cam ko jugak nak kawan kan? 
  • kalo kite nak belayar dgn kelajuan dan kemampuan yang sama, at least kte nak kapal yang sama, dari segi performance engine, capacity dan design. susah nak bersaing atau melayari laut kehidupan dgn kapal yang lain; mooring boat dan MAERSK cargo container cthnye. *cari la kat tenet ea*

aku nangis dengar semua ni. aku xsuke fikirkan ia. semua di luar kemampuan aku. aku menganiaya diri. aku juga teraniaya. dan aku dah mula suka dgn apa yang aku ada skrg ni. aku bersyukur dgn skrg. sure ada perkara yg masih dlm lipatan kain batik ku. tapi ape lagi aku nak buat? semua dah lepas. aku teruskan hidup dengan ape yang kau ada skrg dan ape yang aaku boleh usahakan. yes, sejarah mungkin berulang. jadi byk langkah2 pencegahannya kan? 

apa yang Mr Ong anjurkan, 
~ make the problems as challenge for u to move on. lupakan all remeh stuff and start a new serious life. u will be living for hundreds of years. u will dying right after. so, focus! 
~ give yrself peluang perubahan. let go of people who tied u down. make friend with people who can help u. 


cabarnya tadi, i want to changed you to become who are u used to be. u used to be somebody in yr lower education but here, u're nobody. and we're going to change u for goodness. 

korang.. ape ea yg sedih sgt ni..? dia cina. dia org tua. apa yg dia ckp mcm mak ayah kte yg ckp. same mcm ustaz kte ckp. dy ikhlas. siap spent some time, energy and tissue utk aku. dy sincere. ak malu! ak sedih! ak xtau nak buat ape. ak dh bangka. tp xde ape2 yang ak nk bwk blik utk org rumah aku. :'( 

kalo korg rase mde post ni dah cukup buat korg tau sape aku, tlg jgn tinggalkan ak ats kburukan ak. tp tlg la jdkn pengalaman buruk ak sbg pengajran dan smpadan. create boundary to against it. not to against the doer, i hope. 

i don't want banana fruit two time.

~sharing is caring~ 

any help any suggestion, jgn segan2 celotehkan ia yer.

Monday, July 19, 2010

mengumumkan dan berterima kasih.

salam alaik..

fyi ier kwn2, aku dah takde facebook. tapi wat sementara waktu je kot. blog akan lebih aktif kot. insyaAllah.. nape ntah la tetibe hatiku agak kuat men'deactivate' akaun tersebut. padahal punyalah aku addicted pada sorority life (game facebook) tuh.

camane pon, thanks to Allah.. bagi aku kekuatan nak tutup akaun tuh. kurang sket kot la masa menghadap hiburan. uhuhu..

btw, terima kasih kpd kawan2 yang baru ku tahu mengikuti blog aku secara senyap dan istiqomah walaupun takde akaun blogger dsb. terharu dan terima kasih. =) semoga penulisan aku lepas ni lebih memberi kebaikan dari mengarut tak tentu pasal. sebarang komen amat3 dihargai. :)


p/s; baru balik mkn steamboat kat Rawa steamboat, Tebrau. sekepala rm18. mkn smpai terburai usus pun takpe. ade buah, ice-cream and air sekali. mabelesh!! errkk... alhamdulillah.. >>_____________<<

Sunday, July 18, 2010

marah ke? part 2

khas utk Nik Hafizullah.

selagi b rase sistem yg b nk wat tu ikut syarak, kalo bg mkn anak2 kite nanti, anak2 kte xmembesar jadi org jahat, b buatlah. ayg sokong dr belakang.


dari sumber2 ni i cari utk u. u masih nak marahkan i, ok. go on. just remember, i want to love u to heaven. not otherwise. please..













marah ke?

salam alaik.

ak teringin nk update blog namun tiada idea. takkan nak cerita bad dream aku mlm tadi. tak perlu la...

post yg lepas, aku tension sgt dgn kesesakan masa dan  urusan yang asyik tak selesai. then ada pula masa menaip segala kegeraman dalam blog kan? huhu. kalo tak silap, ia 1st day of the 1st sem of the final year, last monday. aku rase tak adil sebab tak cerita apa yang dah jadi hari selasa, apabila Allah izinkan semua urusan ku berjalan dgn sangat lancar. ironinya, aku dah tak ingat!

inilah dia.. karakter orang yang tak reti bersyukur. emm kurang bersyukur kot. mohon ampun ya Rabb..

----------<3

marah ke? 

yes aku marah. 

yeke marah?

ntah. 

apa aku nak kupas ea...

jom kita ingat dan fikir, bila last time kite marah. ingat balik bila.. bila ea.. emm.. pagi tadi? malam tadi? semalam? minggu lepas?

hmmm... aku baru je tadi marah kat hafiz. dia suruh aku tunggu dia buat kerja. ok.. aku tunggu tengok, main FACEBOOK! *demmit* keje ape lah main facebook. sebelum tu dia yang marah aku sebab tak nak nakal-nakal. hukhuk. APALAH!

apa yg menarik, bila marah, bila dipujuk makin teruk. same mcm menangis. majority la org mcm tu. bila ngs, dy nk org pujuk. tapi bile org pujuk, makin mengada kot. kalo mrh pun same. makin kte pujuk, mkin dia marah, nak mncarut2 lak. tak percaya? haa.. nanti cuba lah buat kawan korg marah. (kalo kena pang nasib lah ea. hahaha)

apa-apalah muni  +_+

aku tak kisah kalau orang nak marah aku sebab aku buat salah. tapi kalau aku buat perkara yang betul dan orang marah, aku rasa nak hayun mangkuk ni je. mungkin boleh terima kalau semua orang rase tu perkara yang tak betul tapi aku bajet ia betul then orang nak marah. takpe. ni. dah jelas kot, benda yang memang salah kat mata sesiapa pon, (FYI, aku nakal tapi aku suka melihat dari Mata Islam). bila aku cakap no, jangan la marah pulak. haiyaa.. apelah!

sekarang tukar. aku marah dia. logik ntah alasan aku, tak tahulah.

here's the tip. kalo kite rase marah;
~ duk dlm peti sejuk. 
 ~ jalan-jalan
~ menipu

psst! jgn mati tau duk dlm peti ais tuh *keji syial*

bile mrh, cube cari bnda yg sejuk.
- tgh berdiri, duduk. tgh duduk, baring, tgh baring, tdo. time tdo mrh, g la bgn mandi.
- marah bebel-bebel mcm mak aku tuh, bancuh la sirap ais ke kicap limau ke sarsi ke.  then tenung je air tu. jgn minum. bile rs marah sgt pastu nk minum, konfem tersedak. wawawa~ pdn muke korg
-  jauhkn dri dari perkara yg mbuatkan kome nak marah. cthnye aku mrh kat hafiz, hafiz mrh aku, fine! xpyh kontek. 


jalan-jalan
- jauhkn dri. g la lari jauh2. marah je pegi jogging. kn kurus nnt.
- buat la sesuatu yg melupekn kte dr kmrhn.*conteng blog ngarut2 but not carut2*
- jalan2 betul2. jalan betul2, kt jalan, betul2 pegi jalan2. tgk jalan, tgk org jalan, tgk pompuan, tgk org betul, tgk org xbetul.. nescaya xingt nk mrh dh

menipu
- tipu!! betul.. ko mrh, ko pg la menipu.
- tp jgn tipu org. tipu dri sdri.
- bile org tya, "ko mrh ke?"
- jwb "eh takdelah" smbil senyum2 siput..
-percayeke? hohoho.. cmni.. kalo ko tgh mrh, jgn hambur kt org lain. kire ko nipu dri yg ko xmrh. dlm ms yg sme ko pn nipu org. dorg mst xtau yg ko mrh kn? tp itu bgus. sbb ia xdikira mnipu. ia dikira berjihad melawan nafsu. nafsu marah.

"bagi seorang lelaki, kekuatannya adalah pada menahan kemarahannya"

wah3... pompuan bole la nak marah2 yer? (mestilah! hehehe)

"bagi seseorang perempuan, kekuatannya adalah pada malu"

superb.. wa pemalu beb! ngeh3


dah la. tamou marah2.. but let time cures.. let time let me start new thing..


blah la ko!

Monday, July 12, 2010

mimpi. sibuk. nasib

salam alaik.

mimpi. 
right before aku celik mata pagi tadi. kisahnye begini.

aku dah terpaksa bekorban pulang ke kampus bersendirian dengan menaiki bas. kembali ke kampung pada suatu musim cuti. ibu dan abah sudah beria-ia menyuruh saya pulang. "ada surprise!" ujar mereka. ok. aku mula berangan-angan nak dapat kereta idaman, Myvi LE Dazzling Red. sampai di perkarangan pejabat abah, ada beberapa kenderaan, lori ikan, lori sawit, Myvi LE Dazzling Red bernombor plat TZT5606 dan Myvi LE Dazzling Red yg tiada no plat lagi. aku tersenyum lebar dan hampir melompat keriangan. namun abah mengunjukkan kunci lori ikan pada ku. *DAMN!!* aku pejam mata kuat-kuat kerana kecewa. celik lagi, 6.35 am. wah! episod sibuk akan melanda aku pula!



sibuk.
bangun kerana kejang terkejut mencetuskan perkataan "mainan tidur rupanya" dari mulut ketat ku. segera aku lihat pada FACEBOOK kalau-kalau ada orang mengisytiharkan waktu kelas dan bilik kuliah. report praktikal perlu dihantar sebelum pukul 10 am. kelas pukul 9 am - 12 pm. kemudian mahu uruskan insert subject, pengesahan tajuk Final Undergraduate Profect, print out full report praktikal, ambil kunci bilik di pejabat kolej, memindahkan barang-barang di stor blok U5 ke bilik di blok U7. wah! 
bersambung di keratan nasib.

nasib.
naasib lah bile pegi terambil kunci bilik lain selepas susah-susah jalan kaki ke pejabat kolej.
naasib sgt bas tiba-tiba muncul kat belakang right after siap tukar kunci yang salah tu.
naasib lah bile bile susah2 cuba siapkan report kat FKM, report masih tak siap.
naasib sgt kerana aku dan cik fafa bertekad untuk hantar report esok hari. buat-buat salah tarikh hantar. 
naasib lah bile urusan nak insert subject terpaksa dibuat esok juga kerana dah tak sempat dan perlu bayar denda rm50.
naasib sgt bila dapat call dari Pos Laju Larkin mengatakan motosikal saya sudah selamat sampai.
naasib lah.. nasib lah sgt..


-----^_^------


setiap benda ada pro and con. setiap perkara ada hikmahnya. setiap sesuatu adalah suratanNya.
jadi, marilah kita memohon yang baik untuk kita, memohon suratan buruk menjadi baik, memohon dapat melihat ada perkara baik di sebalik perkara yang buruk, dan minta dijauhkan perkara yang buruk-buruk.

smile student! 
*1st day of 1st sem of Last Year.*
gambatei~~

Monday, July 5, 2010

reunion di kenduri kahwin Hanin Hamdan

salam alaik

tgk tajuk cm syok je kn? hakikatnye, memang syok! alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar. tanpa perancangan.

3 Julai 2010
- kenduri kahwin rakan dari KISAS di Putrajaya. dah lama dijemput sendiri oleh pengantin.
- reunion mkn2 dgn rakan-rakan dari SEMARAK di hometown aja dan jemputan atas jemputan.

aku tanya pada ibu, "which one to go bu?"
ibu cakap, "mana-mana yg lebih baik. mudah atau yang kamu lebih inginkan"

so, Putrajaya la aku bermusafir. ^_______^

bagiku, reunion amat la penting sbb tu peluang kita nk jumpe balik kwn2 lama. mengikat semula tali yg mula longgar atau pun yang sememangnya dh putus. dalam situasi aku ni, kawan-kawan Kisas yg aku utamakan sahulu kerana:
~ ia majlis walimah
~ pengantin dan jemputannya pelajar luar negara
~ aku xpernah pergi Putrajaya =.='

therefore, kalau ada kawan2 dari Semarak yg mengexpect kehadiran aku, sori la der.. next time lak. :)

____________________________***________________________________________

perbuatan menahan diri

susah kan nak kawal diri sendiri? nak kawal kucing jangan kacau kite makan lagi mudah dari nak halang diri kite makan dgn kucing. (apakah???) soalnya, menahan diri memang susah. hmm.. sampai disebutkan dalam suatu riwayat (xsure), menahan nafsu adalah jihad terbesar bagi seorang Muslim.

solat pula menjadi alat untuk tujuan itu. cukupkah? belum kerana ada orang yang tak pandai mendalamai solat, ada orang yang tak faham tentang solat, ada orang yang masih merasakan solat tak cukup kuat utk kita tahan diri. ada pula puasa.

puasa adalah method yang popular bagi umat Islam menahan diri. lebih-lebih lagi orang Melayu. puasa tak pernah tinggal. MasyaAllah.. tapi solat? hmmm~ sebab tu ramai orang yang buka puasa kat kedai makan pakai skirt pendek, pkai lipstick merah menyala, rambut warna coklat. wah..

ada jugak orang yang solat dan puasa, dua-dua tak tinggal tapi mungkin lebih teruk dari tak tutup aurat dan mengumpat. (mengumpat tu dosa besar taw). siap bertudung labuh, berstokin kaki, tapi mulut... wah! hukhuk.

maka, marilah kita renungkan maksud bacaan dalam solat ni. semoga kita menjadi orang yang bersederhana (ikut kesederhanaan yg disarankan Rasulullah).


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, 
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya 
dan aku dari golongan orang Islam.

 Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, 
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah 
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, 
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ... "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami. kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
 

personally, aku suke sgt doa duduk antara dua sujud. cube kite gayakan doa tu yer..

duduk sorang2.. senyap2..
lapangkan dada.. jgn fikir ape2..
cuba sebut..

Ya Allah, ampunilah daku, 
(ingat balik dosa kite ngn ibu, abah, adik-beradik, kt kwn2.. pd boyfren(depends..), pd cikgu.. pd Allah)

Rahmatilah daku, 
(ingat balik tentang kehidupan kite pd hari tu, agk2 Allah akn suka x? dr kecik smpai besar, puas hati tak dgn jasa kita pada Nya?)

kayakan daku, 
(kaya yg camne? duit? roti? aku nk kaya dgn keampunan.. kaya dgn kesedaran.. kaya dgn ketekunan dan ketabahan.. kekuatan.. ya Allah.. aku sgt miskin di bumi mu yg indah ini.. mohon pada Mu utk exit dr kemiskinan..)

angkatlah darjatku, 
(darjat tu ape? pangkat. pangkat tu ape? pangkat yg cmne aku nak? foreman? supervisor? engineer? tak.. pangkat di sisi Allah.. kt manelah agknye? same mcm ayh kte? mak kte? ke lgsung xde dlm rank? naudzubillah ya rabb.. nmpk sikit pon jadilah..)

rezekikan daku, 
(semuanya atas kehendak Engkau ya Rabb.. aku cuma boleh memohon, bukan order. maka perkenankanlah..)

berilah aku hidayah, 
(hidayah hanya milikMu ya Allah.. jika skrg aku dapat hidayah, jgn la engkau palingkan aku dr hidayahMu lg.. andai hatiku kelam kelabu gelap gulita, kuatkanlah diriku utk bersihkan segala kepekatan noda dlm jiwa supaya hidayah boleh kekal lama dlm jiwaku..)

sihatkanlah daku 
(ku sedar amat sihat tubuhku.. namun pemikiran dan jiwa ku... sering sakit hati, jiwa kacau, emotional.. ya Allah tentunya tak lari roh ku dari masalah kesihatan iman.. maka ya Allah.. sihatkanlah aku, dari roh hingga pd jasmaniku..)


dan maafkanlah akan daku.
(mtk maaf ya tuhan.. byknye dosa aku..ampun byk2....T_T)


  aduh.. baru tulis dah nangis. hurm..


Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang 


nasib baiklah Allah masih izinkan aku berdiri utk takbiratul ihram, masih menggerakkan nadi, saraf, tulang2, tendon ligamen, mengaktifkan mitokondrion, melancarkan perjalanan darahku, semuanya tak sia-sia. aku masih diizinkan utk menghadapNya! 

walaupun Allah tahu, dlm solat aku teringat pada result exam aku yg tak bagus, aku ingat kat report and buku log practical yg maasih belum settle, aku teringat pada kawan aku yg jauh di tengah samudera lepas.. tapi Allah tetap izinkan aku berdiri depanNya dgn xmalunya! 

blum lagi kalau nak diingat kisah silam dosa lampau.. Astaghfirullah.. hanya Allah yg sebaik-baik pemberi kasih. langsung tak berkira. malu kan kt Allah? 

kwn2, muni nak berpesan lagi kat diri sendiri. jgn lewat2kan solat. mcm arini,. muni solat hmpir setiap waktu solat pd hujung waktu. (maafkan muni wahai Allah... T_T) 

kalau kwn2 ade kekasih mcm muni, jgn syg pd kekasih lebih dr syg kt Allah yer.. sbb kekasih yg kte ade skrg cuma org yg kte anggap@fikir mungkin dy. MUNGKIN dia. lagipun, ia sementara. final destination kte kat sana. so, nak sayang, sayang berpada-pada. antara main mesej dgn "jawab call My Sayang Allah", mane lebih penting kan..? 

wahai insan yang terbina dari roh dan jasad,  bersegeralah kpd kebaikan selagi komponen itu masih tercantum mesra. usah menyesal nanti. 

yg baik dr Allah yg buruk dr diri aku senget sendiri.  

Tuesday, June 29, 2010

sedih lagi

kerana dpt emel kat gmail account. dari seseorang. yg aku tunggu2. dan bila dah dpat. ak termenangis sorang2. lemahnya hatiku....

kwn2, muni mau berpesan,

jgn sesekali luputkan niat utk mnjadi baik tp cpt2 la tangguhkan keinginan nk jadi nakal.

bile kte nk sygkn org, letak hanya 50% kasih syg atau kepercayaan pada dia sbb suatu ari nanti, kita xkan tahu kalau2 dia akan khianati kita, sakitkan kita atau meninggalkan kita. pada masa tu, kasih sayang kita pd diri sendiri tinggal sikit. sbb tu ada org yg sanggup bunuh diri demi cinta.

perkara yang paling jauh, yang takkan kita dapat jumpa lagi adalah masa lalu. kalau dah berlalu dah la. kita hidup dgn perkara yang baru. jgn terikut-ikutkan sgt kesedihan atau kekecewaan yang lalu. semua ada hikmahnya.

jodoh, rezeki, ajal maut, sume di tangan tuhan. kita dah cuba, Allah yg akan decide nnt cane. sume keputusan drNya, trime jelah. mgkin skrg kita nmpk ia sbg keburukan. tp satu masa nanti, sapa tau, ia bakal jadi kebaikan dan kelazatan dlm hidup kita? so... bersabar...

itu je kot. nasihat ni sebenarnya utk dri sendiri sbb sedang bersedih. coretan dari hati. mengharapkan diri kuat hadapi semua ni.  sy sedar, dlm hidup ni, manis dan pahit bergaul sama rata.  barulah LIFE namenye..

ujian adalah tarbiah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari tuhan

wahai hati.. tabahlah.. Allah masih beri udara utk aku bernafas dlm hakikat yg baru..

Monday, June 28, 2010

dah nak abes LI

okey. mcm best je nk abes LI. tp byk lg bnde yg xbest kot.

1 - kne msuk sem baru.

2 - kne siapkn buku log LI

3 - lum ade tajuk PSM

4- kne duk UTM semula. huhu

5 - berjauhan dgn seseorang. hehe gedik je kn? :PP

pe laa mslhnye? ntah la.. ok, ni prob nye.

muni seorang yg PEMALAS. hahaha.. sbb tu la jd prob. update blog ni pon sbb dh bosan hadap buku log LI. haa.. tgk la i updat ekul bpe nih.. ekekeke~


so, pe yg kne ak buat adelah:

1- siapkan buku log tnpa duk dpn internet.

2- ingat balik, tanggungjawab byk woo..
.
3- sat g ipah dh xde kt umh,sape nk tlg ak buat report? :P

4- tgk la kt nik n ipah., rajin sgt ngapelah. krn NIAT! haa..

renung2kan dan selamat beramal. ^_^

Saturday, June 19, 2010

hujan - ku mahu kau tahu

Lirik Lagu Hujan Ku Mahu Kau Tahu
Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori
Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu
Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua
Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu




khusus utk sahabatku yg jauh di rantau org.. jaga diri baik2..