::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Thursday, July 19, 2012

kebun cili di tepian jalan dakwah

 salam alaik





Tak ditujukan pd sesiapa actually. Dah lama simpan dlm hati perkara ni terhadap ramai org yg muni jumpa slama muni hidup ni. Sesama akhawat, sesama kwn yang berusrah mahupun tidak, sesama ahli keluarga dan ramai lagi orang lain.

So, jika antara kalian ade yg termakan 'cili' muni, especially rakan-rakan di group Circle Munie di Facebook, (muni sure pasti ada) muni mtk maaf sgt2. Bkn directly tuju pd kalian tapi semoga kalian dpt sdikit pengajaran or at least tau ape yg muni rasa. Jujur muni  terkilan. :(

Muni xpenah beralasan, harapnya kalian pn begitu. Muni tak cakap muni bagus dan muni tak leh nak suruh semua orang jadi sama atau lebih baik dari muni. Semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cumanya, hargailah usaha org lain dlm usaha dakwah ni. Kan dakwah tu maksudnya mengajak, juga menegah perkara yg dilarang agama. Bukan mudah nk mengajak orang, lagi-lagi dlm perkara kebaikan tau? Lebih mudah nak ajak orang pergi tengok wayang dari ajak orang iktikaf di masjid kan? Dan dalam usaha mengajak (dakwah) ni banyak usaha yang dilakukan. Ada yg susah-susah wat event seperti daurah, usrah, jaulah, iftar,etc, ada yang menjemput, ada yg menyusun kata utk menasihati/memperingat or buat slide utk presentations dakwah hinggalah sekecil-kecil jadi tukang drebar, tukang masak, tukang fotostat. Percayalah ia memang berat dan sukar dan selalunya perkhidmatan mereka adalah FREE OF CHARGE!

 Jalan dakwah ni bukan mudah kerana ia melibatkan manusia yang berakal. Lagi senang nak ajak ayam masuk reban tau? Dakwah dan tarbiyah memerlukan keikhlasan dan kesabaran. Dah lah kena berhikmah pula. Kan? Maka dengan itu, sejauh mana kita ikhlas nak bantu agama Allah? Dan paling tidak, sejauh mana kita nak bantu diri sendiri? :( 

Astaghfirullah.. Jari yang menaip ni, hati yang menukilkan dan mata yang melihat ni lebih dekat dengan mesej ini. Teguran utk muni diri sdri dan smga bermanfaat pd kalian sidang pembaca.

Oleh itu, sesiapa yang termakan 'cili' yang diadun dengan belacan kasih sayang muni ni, ketahuilah, yang menumbuk sambal ni amat mencintai kalian (i cried typing this). Saya sayangkan kalian kerana Allah. Tak tipu. Makanlah sambal ni dengan nasi ulam dan ikan masin. Pedas tapi sedap dan insyaAllah saya harap kalian akan 'kenyang' nantinya. Bersyukurlah organ perut anda dah kenyang  makan rezeki Allah bagi. Inilah masanya nak 'bayar balik' harga rezeki yg Allah 'belanja' kita setiap hari dan kita mahu perut ruhi kita juga kenyang, perut neraka kosong sikit tak ramai orang masuk dan banyak perut-perut yg kebulur di sempadan benua sana terisi dengan rezeki Allah yg Maha Pemurah.

Hari ni muni menumbuk lumat cili-cili ni utk kalian makan, harapnya next time kalian pula yang sudi kupaskan bawang utk muni. Biarlah pedih berair mata, insyaallah hidangan itu pasti lazat. 

p.s. Post ini paling sukar utk sy ditulis dan rasanya agak sukar utk dibaca. Kan? Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak, mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, mohon dihalalkan yg terlebih dan yg terkurang.

No comments: