::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Friday, November 25, 2011

CMT CELCOM OFF

salam alaik..

ada yang melanggan CMT dan dah tak larat nak budget Call Me Tone RM1.50 setiap lagu, setiap minggu, dan susah sangat cara nak subscribe? ada caranya! :) sila cuba langkah berikut. selamat berjaya. (^_^)

*118#

THE CUBE

MUSIC CUBE

CMT

UNSUBSCRIBE

YES

p.s: saya sudah lega! ehehe


Monday, November 21, 2011

Soalan dari adik formspring : Tips Khusyuk Solat

SALAM ALAIK..

Terkejut mak dapat mesej ni. Bukan apa, tak pernah ada orang tanya soalan kat formspring. Keh3.. Kesian kan? :p


Kemudian, merasakan diri ni bukanlah orangnya utk ditanyakan. Hmm sekadar berkongsi apa yang telah didengari dari sumber-sumber lain boleh la kot. Huhu

Tips dlm solat ehh dik..? Dah penah google website ustaz-ustaz yg lain? >.< Banyak sangat cara-cara nak ‘stim’ ketika solat yang diajarkan oleh Rasulullah dan para sahabat, juga melalui kisah-kisah salafussoleh, dan ustaz-ustaz sejak zaman sekolah dulu kan? 

(1)Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 
(2)Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;…

Surah al-mukminun:1&2
Tenang

Sebelum mulakan solat, pastikan diri TENANG, tak tercungap-cungap atau gopoh.  Mungkin sebab tak nak termiss solat jemaah, ataupun terkejar-kejar sebab nak ikut mak pergi shopping petang-petang. Then, takmo fikir pelik-pelik spt terkenangkan Gu Jun Pyo dan Geum Jan Di (Boys over Flower), tadi tengok Phineas and Ferb, teringat Upin baling selipar or whatsoever. Paling mudah caranya, berdiri tegak, pandang ke tempat sujud, baca basmallah dan Surah An-Nas. Tarik nafas dalam-dalam dan mulakan niat solat.

Feeling

Masa nak mulakan solat, kena amek feel dulu. Macam kucing nak makan, mula-mula dia hidu-hidu dulu makanan tu, jilat-jilat sikit, barulah ngap! Sama macam solat, kena rasakan keberadaan Allah di hadapan kita, kena rasa yang kita tengah berdiri jumpa seseorang yang special dan dekat di hati iaitu Allah tercinta. J kadang-kadang, ada orang tersenyum atau termenangis dulu masa nak mulakan solat sebab dia dah mula nak naik sheikh jumpa Allah. Alhamdulillah.. J (Amek feel ni sebenornye masa nak tenangkan diri tu laa.. )

Bacaan

Bacaan solat ada banyak. Yang termasuk dalam rukun solat yang 13 itu adalah bacaan Al-Fatihah dan Tahiyyat serta selawat. Kome tau ke yang mane yang dinamakan rukun solat?

Teramat-amatlah pentingnya bagi kita utk FOKUS membaca setiap bacaan solat dengan betul, takde pelat-pelat baby etc. Kemudian bonus kalau kita faham maksud bacaan. Rahsia khusyuk solat sebenarnya adalah dengan memahami bacaan solat. Kalaulah kita faham dan direzekikan Allah hidayah dan hati yang cerah ketika solat tu, insyaAllah setiap lafaz bacaan akan slapping you in the face but refreshing, shaking yr heart fiercely but gentle, and of course will make you cry like a baby. Rasa macam kena penampar sayang, macam jantung kena smack down, then nangis macam bayi kena tinggal  kat tong sampah.

Nak cari maksud bacaan solat, google je dik. Teknologi canggih yang kita ada sekarang ni, kita guna untuk kepentingan agama, dapat pahala wo. ;)

Kesihatan

Point kesihatan? Agak-agak ape? Yesss! Sakit perut, nak kentut, pening dan sebagainya. Semuanya berpunca dari kesihatan kita. Datang dari pemakanan, diet dan rutin harian kita. Tanpa kesihatan, solat pakai mata dan hati jelah jawabnya. Gugugu..

So, just make sure makanan HALAL yang kita makan tu takkan memudaratkan kesihatan, cthnya makan kacang banyak sangat sampai duk terkentut selalu (makanan berangin) atau malas nak senam sampai sakit dada time sujud dsb.

Jangan terkejut jugak kalau saya katakan, kadang-kadang orang yang tiba-tiba sakit time-time nak solat ni, sebenornye deme ada saka. Huhu tragique! Jadi ape nak buat? Perbanyakkan zikir dan wirid serta berusaha lebih untuk solat wajib dan solat malam.

Kebersihan

Bersih mulut (bersugi dan umpat-free), bersih hati (istighfar selalu), suci pakaian (even coverall keje kita tu berselut lumpur sekalipun, ia tetap suci dan boleh dipakai utk bersolat), takde tersentuh najis undirectly (perlu kupasan yang sangat mendalam) dan sebagainya. Saya percaya kalian cukup bijak tentang isu kebersihan.


Kesimpulannya, tips nak khusyuk tu nampak cam senang, simple je kan.. Point kecik-kecik je. Then rasa ragu-ragu 'bior betik akak ni, berkesan ke?' Sebabnya, tips cuma benda yang teknikal sahaja tapi khusyuk itulah meta fiziknya. Khusyuk tu insyaAllah boleh dapat jika teknikalnya betul. Dan , khusyuk tu adalah rezeki dari Allah. Kita berusaha nak khusyuk, pulun habis nak focus time solat, faham dengan kepala dan hati setiap bacaan dan sebagainya, tapi kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Sedar-sedar dah tak ingat rakaat. Yes, sedih dan akhirnya time doa lepas solatlah baru rasa cam focus dan khusyuk. Khusyuk time doa je tapi bukan time tengah solat. Sedih dan malu kot. Huhu. That’s why kenapa kita kena solat rawatib (solat yang mendampingi solat-solat fardhu). Kasi tampal balik solat fardhu kita yang dah berlubang-lubang dengan puntung rokok kelalaian.

Adik yang bertanya serta kalian yang sudi membaca, jika subuh tadi kita solat macam ayam mamai, jika zuhur tadi kita solat macam incredible hulk (tension keje la kot), jika asar kita macam tengah lari bawa baton (nak laju aje), jika maghrib kita tadi dalam kereta sebab stuck kat jam, isyak dan dinihari lah masanya nak mengqada', mengadu kesedihan dan tersipu-sipu malu pada Allah yang Maha Baik. Sayangnya Allah pada kita lebih besar lagi dari sayangnya ibu pada anaknya. Allah tak pandang solat kita taw, tapi Allah pandang keihlasan kita. Kita ikhlas nak betulkan solat, nak khusyuk dan mencapai kejayaan melalui solat, insyaAllah, Allah suka sangat! Allah teruja tengok kita yang teresak-esak malu dengan solat kita yang macam kain buruk ni.

“Anas r.a. meriwayatkan bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang bersolat pada waktu yang telah ditetapkan dengan wuduk yang sempurna dengan rasa penuh hina dan tawaduk dan denganqiam,rukuk dan sujud dilakukan dengan memuaskan,maka solat yang sedemikian itu akannaik dengan rupa yang bercahaya dan indah serta akan mendoakan orang itudengan kata-kata,”Semoga Allah SWT peliharamu sebagaimana kamu telahmemeliharaku.”
           Sebaliknya pula ,kalau seseroang tidak teliti menjaga solatnya dan dia tidak mengambil wuduk dengan sempurna dan qiam,rukuk serta sujudnya tidak dilakukan dengan tertibnya,maka solatnya naik dengan rupa yang gelap lagi buruk dan ia akan mengutuk orang itu dengan kata-kata,”Semoga Allah SWT membinasakanmu sebagaiamana kamu membinasakanku,lalu dilemparkan sembahyang itu kemuka  orang itu seumpama kain buruk dilempar.”

Maka, jangan sekali-kali berputus asa bila solat kita rasa gagal khusyuk dan gagal dalam hidup sekalipun. Semua dosa dan kesilapan yang kita lakukan adalah utk mendewasakan dan mematangkan kita. Bersyukurlah kerana akhirnya kita sedar tentang hakikat dosa dan pahala. Bersyukurlah kerana kalian sedang berniat untuk memperbaiki solat anda (pasey tu ler kome  membaca entry ni). Bersyukurlah kita diberikan kesedaran. Dan bersyukurlah kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun.

Sunday, November 6, 2011

nikmatnya aku masih muda

salam alaik..

2 nov, birthday sy. :) tiada sambutan manalah.. cukuplah nikmat harian yg Allah beri dan ucapan selamat dan kiriman doa. juga budi yg ditaburkan oleh mereka2 yg pernah dtg dlm hidup sy. keluarga, guru2, rakan2. :) dan datang nukilan dr seorang sahabat jauh. :)

kak tiqah nk kasi kek ni. :) [google]


****

nikmat muda...
nimat nye muda nie tak terasa oleh orang muda...
nnti dah tua baru laa terasa nikmat ketika masih muda dulu
tapi bisa cuba difikir dan direnungkan :)
bayangkan andai diri kita dah jadi tua..

gigi mula luruh..
tinggal gusi aje..huhu
tyme tu baru laa terasa..
nak makan kacang2 benda2 keras dah tak bleh dah..
nikmat nye jadik orang muda..
gigi kuat lagi..
makan apa saja ikut selera...
semua boleh kunyah boleh telan..
nikmat nya muda..

lemah nya badan andai dah tua..
lutut2 mula longgar..
sendi2 mula lemah..
sakit pinggang..
kudrat takde...
nikmat nye muda..
tubuh badan cergas, gagah perkasa..
pantang diajak orang..
kemana saja bole pergi..
meround shopping complex seharian..
no hal lah..kaki masih kuat..
paling2 pun lenguh2 je..
esok okai dah....
alangkah baiknya kudrat yang ada digunakan untuk
beridat kepadaNYA kan..
alangkah baiknya kaki yang kuat tu melangkah ke masjid..
sebab..masa tua nnnti dah tak terdaya..

tengok2 orang2 tua..
nak membaca pun susah..
nak kena pakai spek..
nikmat nye orang muda..
mata masih jelas..
pendengaran masih jelas..
alangkah baiknya mata muda yang jelas itu
digunakan untuk membaca kalam allah..
telinga yang jelas tu untuk
mendengar ceramah2 agama,zikir2 memujiNYA...
sebab dah tua nnti, sume nye kabur dan samar2..
orang bercakap di sebelah pun bagai berbisik aja..
nikmat nya penglihatan dan pendengaran orang muda..


contoh2 nikmt lain..
nikmat rupa paras, kecantikan.
nikmat kawan n sahabat handai...
nikmat ingatan yang baik..
tak terbilang banyak NYA nikmat...

banyak lagi lah nikmat2 yg bisa difikirkan..
juz sedikit cebisan idea n pendapat dari saya..
yang lain sila tambah sendiri yer..huhuhuh...

pesan nabi...
ingat 5 perkara sebelum datangnya 5..
antara salah satu nye ..
masa muda kita sebelum masa tua..
jadi beringat2 lah wahai sahabat :)
bahawa kita semua akn semakin tua..
dan terbujur kaku di liang lahad juga kelak..
jadi kenikmatan masa muda nie dipergunakan sewajarnya..
buat bekalan hari tua kelak....

Monday, October 24, 2011

1 jam sahaja?

salam alaik

sepanjang perjalanan pergi ke tempat kerja bersama paman mail, beliau bertazkirah tentang umur dan masa dunia.

katanya, jika dibandingkan umur manusia dan umur dunia, umur manusia hanya 1 jam shj (dari berapa jam tak sure la plak). Allah cuma evaluate kita dengan 1 jam itu. jadi, apa yang kita buat dgn umur kita yg cuma 1 jam itu?

mari beranalogi. ayah bagi duit dan suruh kita shopping kat mall dalam masa 1 jam. then bila kita masuk mall, apa yg kita patut buat? ada org yg pegi main sampah, ada yg baring kat lantai blik air mall, ada yg pegi mop lantai mall ngn duit, dan macam-macam gelagat manusia yg kita nampak kat mall tu. habis masa 1 jam, ayah panggil balik umah. cuba teka, apa yang kita dapat utk bawak balik umah? sampah, kotor, basah, duit dah rosak etc. 

lebih kurang macam tulah keadaannya. Allah bagi masa 1 jam utk 'beli' sesuatu di 'mall' utk bawak 'balik'. Allah bagi masa purata 60 tahun utk beramal di dunia supaya ada bekalan utk pulang ke negeri akhirat yang abadi. hasilnya, berapa ramai org bwk troli penuh barang branded? berapa ramai pulak yang keluar dr mall dgn baju kotor dan comot? belum yang keluar dari mall tu siap kena rompak. lagi malang. kan?

andai awak hidup sampai 60 tahun lebih, untunglah. lepas mop tangga mall, sempat jugak beli aiskrim kat gate mall kan.. tapi kalau hidup sampai 30, 20, atau cuma 15, ngam-ngam je lepas akil baligh, apa cter? ada apa-apa nak benda tak nak bawak balik umah? hmm..

sama-samalah kita koreksi diri. jangan kecewakan ayah. jgn kecewakan ibu. jgn kecewakan Allah. dan paling penting, jgn kecewakan diri sendiri. 

*peringatan terbesar buat diri ini. T_T

wuuu kawe dok de!! [credit]

Sunday, October 9, 2011

iman inside

[Analogy] mammals vs reptiles - mammals' blood temp is not affected by ambient atmosphere while reptiles is. 

[Meaning] Human with an absolute-positive personality and attitude will not affected by the environment he lives in.

[Purpose] It's how BI'AH SOLEHAH works out. the basement is the IMAN inside. it's not from the outside but it's coming from our own self. :)

Friday, September 16, 2011

HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA

HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.
Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.

iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Monday, August 29, 2011

ramadhan dan syawal

salam alaik.. :)

alhamdulillah.. hari ini, setelah berminggu-minggu blog saya ditinggalkan, dijenguk tanpa update, akhirnya terusik juga ia. :) gara-gara pelbagai perkara yang terjadi, akhirnya minat utk berblogging kian berkurangan. hukhuk

dugaan berpuasa yang saya alami tahun ini amat hebat penangannya. alangkah baiknya jika saya boleh kongsikan masalah saya bersama pembaca semua. sebahagiannya telah berlalu dan sekarang masih lagi saya dan keluarga diuji. maha suci Allah. tiada pernah Dia menzalimi hamba-hambaNya.takpelah. biar saya kongsikan sbg peringatan, contoh dan tauladan. (lagipun takde benda ilmiyah sgt yg mampu ku coretkan kali ni. -.-')

seminggu sebelum ramadhan

alangkah hebatnya perkara ini. lumrah bagi setiap insani mempunyai seseorang yang dikasihi, disayangi dan mengharapkan kebaikan bila bersamanya (nikah, insyaAllah) bukan? percaya kan, saya juga punya seseorang yg dicintai. sudah hampir 2 tahun kami berjanji setia dan saling menaruh harapan 70-30, akhirnya secara diam-diam, beliau bertunang dengan gadis lain. sebagai manusia biasa saya tetap bersedih dan hampir tak dapat menerima takdir Allah yang maha tahu. maka, saya tidak punya persediaan utk berpuasa yang cukup mantap dan hidup menjadi kucar-kacir, penuh kecewa dan kesedihan. :(

2 minggu ramadhan

hati masih belum mampu merelakan. setiap hari masih menunggu-nunggu kepulangannya. hinggakan suatu hari, tatkala bulan mula menjelma, berlaku pergolakan keluarga. ya, parent sy merajuk dan tinggalkan sy berseorangan di rumah selama 2 hari. ia suatu perkara yang pahit dan menyedihkan kerana hanya Allah tempat saya mengadu dan tiada pembelaan yang saya dapati ketika itu. setelah keadaan menjadi kritikal, saya minta izin ibu untuk ke Besut, Terengganu utk melapangkan dada dan mencari ketenangan di rumah teman dunia akhiratku. 

jumaat, 26.8.2011 bersamaan 26 ramadhan

setelah 3 hari pulang dari rumah sabahat, ibu saya jatuh sakit. beliau disahkan keguguran kandungannya yang berusia 3 bulan. sesuatu yang amat mengejutkan dan mencemaskan apabila ibu pitam dan rebah di dapur. seketika kemudian, jatuh pengsan pula di bilik air beserta darah yang banyak berlumuran dan mengalir memenuhi ruang bilik air. ibu dikejarkan ke unit kecemasan hosp teluk intan dan ditahan di wad selama 2 mlm. ibu sakit tenat kerana kehilangan banyak darah. :(

pada hari yg sama, 2 buah lori yg masih baru (abah baru beli utk berniaga) telah rosak/pecah enjinnya dek kerana pedajal orang. bila mechanic check, ada gumpalan surat khabar dan pasir dalam engine lori abah. abah sangat sedih. 1 ketul engine utk ditukar berharga rm10,000 dan utk overhaul shj, rm6,000. ibu pula di hospital, raya pula semakin menjelma. hmm kesian sama abah. :(

****

HARI INI, ibu dibenarkan pulang ke rumah. alhamdulillah.. berita yang menggembirakan setakat ini. dengan adanya ibu di rumah, kami agak bersemangat utk menyambut lebaran walaupun dlm keadaan sedikit daif. mujur perkakasan raya utk adik-adik sempat dibeli. :) maka tak perlulah mereka bersedih sama. 

hari raya yang bakal menjelma sehari lagi ini amat besar maknanya bagi saya. gembira dan sedih. gembira mengenangkan dah nak raya, pelbagai urusan dah boleh diuruskan seperti sedia kala, dah tamat tempoh menahan dugaan lapar dahaga dan ingin menyambut kemenangan saya menghadapi pelbagai rintangan yang berat (pd tahap diri sy jelah kan).. tapi sangat sedih juga krn doa tak tentu akan mudah sampai dan makbul, bersambunglah tugasan para syaitan membisikkan dosa ke hati-hati manusia, berakhirlah bonanza ibadah, dan banyak lagi sebab lain. 

tapi benarlah kata janji Allah. setiap kesusahan pasti akan ada kesenangannya. dan Allah pula takkan membebani seseorang itu di luar kemampuannya. mungkin kali ni, kami diuji dengan kesempitan wang dan tidak mampu menikmati keseronokan berhari raya spt tahun-tahun yg lepas. diuji juga dgn ibu yang sedang lemah dan sakit, dan personally for me myself, tested with love, love of a man. huhu. setiap kali sakitnya hati, sedihnya hati, Allah sentiasa ada menenangkan kami.. terima kasih Allah kerana menguji kami dan menguatkan kami. pastinya janjiMu lebih bermakna. ampunilah kami, redhailah kami.. sesungguhnya kami hambaMu yg lemah. :'(
rakan-rakan semua, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat memecut dan memulun saat-saat terakhir ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. saya juga ingin mohon ampun dan maaf atas kekasaran bahasa, ketidaklancaran penulisan, salah silap terlaser dsb tatkala mengelola blog cikai ini. sy bkn org yg reti nak mengarang pun. pandai membebel je. dan ingin meminta halal atas segala perkara yg mgkn kte kongsikan bersama. cth, share artikel without quote or something. huhu. semoga Allah lindungi kita, ampuni kita, redhai kita dan sampaikan kita ke ramadhan yg akan datang. ameen.. oh oh. bagi yg bermusafir pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai. :)


[kredit]

Sunday, July 31, 2011

meninggalnya dia..

salam alaik.

sedang kecoh kan tentang lelaki yang nak tukar nama jadi wanita tu? banyak pulak tu yang tayang kisah kematian dari sumber berita di blog-blog mereka. ok. 

pertama-tamanya, saya nak ucapkan takziah pada keluarga allahyarham atas pemergian anak lelaki mereka. moga mereka semua tabah dalam menghadapi ujian dari Allah.

keduanya, saya tertanya-tanya sendirian, mengapa ramai bloggers yang gunakan nama palsu lelaki itu untuk merujuk padanya? kan dia tu laki? tayang gambar bertudung dia plak tu. huhu hiasan la kot? hmm.. (sebaik-baik hiasan kan wanita solehah, bkn gambar perempuan palsu). yang peliknya, adakah blogger-blogger ni sedar yang dgn cara memanggil allahyarham tu dgn 'nama perempuan' tu seolah-olah nak kasi mayat tu suka dgn gelaran itu dan sekaligus meredhai kelakuan si mati? tak terfikirkah mereka dgn terus menyebutkan 'nama perempuan' si mayat tu akan terus menyeksanya di lubang barzakh sana?

harapnya pembaca blog saya yang tak seberapa ni menjadi orang yang bijak dengan cara:
1) jangan panggil si mati itu dgn nama premepuannya. kita tak redha dgn perbuatan menukarkan jantinanya bukan?
2) tak perlulah mengungkit kesilapan yang dilakukannya, sebaliknya terus mendoakan atau jika tak mampu nak doakan dia (mungkin tak ikhlas ke ape) at least, dont mention his wrong doings.
3) tak perlu nak rasa takbur dgn kata-kata seperti "haih, apalah kesudahan dia kat kubur tu. kena balun ke ape agaknye" sebab kita juga tak tahu bagaimana kematian kita nanti. 
4) sebarkan doa dan peringatan akan kematian pada kawan-kawan yang lain. tapi ingat, setiap perkataan yang kita ucapkan menjadi tanggungjawab untuk kita melaksanakannya juga. ^^

di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan pada semua umat islam sedunia. harapnya sudah settle semua puasa ganti anda. :P marilah sama-sama berazam untuk berubah apa-apa yang masih kureng pada diri kita di bulan mulia ni dan meneruskannya pula di bulan lainnya, for the rest of our life, insyaAllah.

saya juga mohon pembaca-pembaca semua maafkan salah silap saya sepanjang menjadi rakan blogger anda, atas kelancangan nukilanku dan yang lainnya.takut-takut tak sempat nak raya nanti. manalah tahu kan.. :)

take care and salam!
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
ya Allah, akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik, dan janganlah Kau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk. ameen
 

Saturday, July 30, 2011

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

salam alaik..

yang ni part 2. ^^


Bismillahirrahmanirrahim.....
Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar:  Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.


Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan . Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar:  Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar:  Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz : Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar : Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz : Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya . Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin,Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Semoga dialog ini dapat diambil iktibar untuk kita, remaja kita, para sahabat, saudara-mara atau anak-anak sendiri. Usahlah lena dan terleka dengan cinta manusia yang hanya sementara melainkan cinta itu diikat dengan cara yang telah digariskan dalam syariah Islam. Dambakanlah cinta Allah, kerana dengan aturan-Nyalah kita hidup dan kita mati..InsyaAllah…
Terima kasih kepada: Finaz Yunus
Wallahualam.....



sumber: http://wanwma.com/soal-jawab/jawapan-cara-memutuskan-hubungan-cinta-2/

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1

salam alaik.. 

dah lama kan i tak update? maaf ye. sedikit busy dan tak tenang. huhu. somehow, entry copy-paste ni sangat menarik dan memberi kesan pada hatiku ini. hukhuk. terima kasih pd Allah yang menggetarkan hatiku, menguatkan minatku utk terus membacanya ketika sedang tak tenang, dan memberikan perasaan yang macam ni..yang ni la.. ce kome rase.. haa tu dia. perasaan 'serenity' atau ketenangan dari tekanan setelah mengingatiNya.


Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebelum ini ada orang bertanya kepada saya bagaimana Cara Memutuskan Hubungan Cinta. Sebenarnya rasa cinta itu adalah fitrah manusia, walau bagaimanapun fitrah itu ada peraturan dan panduan yang telah ditetapkan dalam agama kita. Lebih-lebih lagi hubungan cinta yang tiada sebarang ikatan dan cenderung kepada kemaksiatan.

Demi menjawab soalan yang telah diajukan, saya dengan rasa rendah hati menyatakan saya bukanlah orang yang layak memberikan pandangan muktamad. Kerana persoalan yang ditanya itu berbentuk subjektif. Cara Memutuskan Hubungan Cinta antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza sama sekali. Namun untuk tidak menghampakan pihak penanya, saya akan bentangkan di sini sebuah dialog antara ustaz dan pelajar yang ditangkap khalwat. Semoga dapatlah kiranya kisah dialog ini diambil iktibar dan dijadikan pegangan untuk membuat keputusan sewajarnya! Selamat membaca..
Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya? 

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz:  Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan) , ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertima na yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz : Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Pelajar : Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan . Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat , rindu. Kemudian aturkan pertemuan . Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Bersambung: Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

sumberku: http://wanwma.com/soal-jawab/jawapan-cara-memutuskan-hubungan-cinta-1/

Saturday, July 9, 2011

fitnah wajah

salam alaik..

pekabo yong-yong, yoep-yoep sekaliannye.. *yang tengah-tengah, teman tak tau nak manggey ape* mekeme sihat? meh ngusha gambor nak?

teman idak le nak melucah kat cni tapi ce kte renung betoi-betoi gambo ni dulu yer..

kome nak pilih yang mane nak dijadikan bini? *haa lekeh istighfar lekeh!


ce kalo nengok kat oghang pakey baju tu, tak tau ler dier tu demok ke kuroih, tak tau ler badannya melepak ke melegam, berceloreng dek kudeh ke paghut bekeh eksiden ke kan? mukanyer pun biase je gayenyer.. kalo makan kacang banyok-banyak, tumbuh juge jeghawat gatey? *nampak benor joghen (gedik)

lepeh tu, yang badannyer opah lawo tapi bile nengok ke mukenye, adoi kude ghopenye?!! tapi dah konfem la badannye lawo, melepak, takde kudeh, takde bulu ketiak panjang menjulor, ye dak?

haa mekeme yoep-yoep sekaliannye, termasuk ler yang kak-kang yong, kome nak yang mane?

*kalo teman ler, baik teman milih yang pakey baju muke biasa2 tu.. *

ni menunjukkan ape yer mekeme?

oghang lagi suke nengok muka dari nengok badannya.. (hmm.. mungkin jugak ade orang yang napsu terlebeh ganeh, tak kisah kot nak kawen ngn kuda ni) jadi, nape ke nak heran benor nengok oghang pakey purdah?

ce kome renung dulu, mane lebih besor fitnahnye? fitnah badan ke fitnah muka?

deme tu nak nutup muka bior tak jadi fitnah mukenye. maksudnyer, idak le kalo lalu tu oghang renung (tenung). takdela kalo terkorek idung dlm LRT, org teruih cop "ha ni ler opah yang tak gheti malu ncalit gam idung kat kerusi"..  *nampak benor nipu~* bior ler mukenyer berlopak-lopak dek jeghawat lesung batu sekalipun, bior ler mukenye lawo mcm opah teman sekalipun, yang penting, deme jage maruah mukanya. mengelakkan panahan mata oghang. eh kome tau tak ceriter ada orang terpandang badan kawan dia, lepeh tu dipuji, dan-dan jatuh tertumoih kawannye tuh. huhu haibat kan mata? ada blur ray power. gugugu

atenye, kite-kite ni camane ke ghopenye? nak pakey tak nak pakey, pilihan di tangan mekeme.. tapi yang penting, kome blajo ler dlu yer..

Sunday, July 3, 2011

award untuk kamu-kamu semua. :)

hai awak..

thanks ea jadi my 100th follower

ni utk awak.. :)




ia xseberapa pun..

tapi sebab kite pun suke rama-rama, so, kite wat la ni utk awak..

tak pandai pakai software pun..

so inilah aja yang termampu. :)

* haa u all lain, dah lama kan u all xdapat award apa2? :P meh sini saya kasi yang bawah ni. thanks for being my follower. :)

Saturday, July 2, 2011

saya sudah kembali

salam alaik.. :)

subhanallah.. dah lama sangat saya tak mengupdate blog ni sampai ada sahabat yang unknown tu minta saya update. sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dicelotehkan tapi masa dan keadaan yang membataskan. takpelah.. cukuplah saya cuma updatekan apa yang telah saya lalui aje ye. *macam la ada orang nak tau. :P

selepas mengharungi pelbagai mihnah dan tribulasi yang penuh suka duka dan ranjau duri serta lautan api, thesis saya telah berjaya disiapkan oleh dua kerat tangan ini.. alhamdulillah.. dengan bantuan yang tak putus dari Tuhan yang Maha Baik dan rakan-rakan yang soleh-solehah insyaAllah, segala urusan menghantar thesis telah settle dengan berjayanya. alhamdulillah.. syukur sangat pada Tuhanku..

kemudian, cukup 2 hari saya berehat-rehat, bersantai-santai, bermain-main dengan adik-adik serta haiwan-haiwan peliharaan di rumah, pada Sabtu Jun 11 saya ke UIA untuk menginap sementara menunggu terbang ke Kelantan pada 12 Jun. 13 Jun bermulanya pengajian dalam program Daurah Pondok IPT SeMalaysia 2011 yang bertempat di Sekolah Ad-Diniah al-Bakriah Pasir Tumboh, Kelantan. femes dikenali sebagai sekolah pondok, di situlah saya menuntut ilmu fardhu ain selama hanya 2 minggu.

di sekolah itulah saya belajar dengan jelas dan terperinci tentang hukum hakam agama. bagi saya, ia sudah terperinci namun masih jauh dan dalam lagi ilmu Allah ni.. pengajar-pengajar di situ mengajar secara 'fi-sabilillah' iaitu tidak menerima sebarang bayaran atau gaji. mereka amat teliti dan faham tentang nas-nas dan ilmu Fiqh. apa yang menyebabkan mata tercelik luas adalah pelbagai perkara yang ada dalam silibus buku teks sekolah itu hanyalah mungkin 10% dari apa yang saya dapat selama 2minggu itu. (nak kata kat sini, betapalah kita sangat mementingkan ilmu kifayah berbanding ilmu fardu ain). tu pun dah rasa yang subjek2 agama kat sekolah tu berat, banyak dan menyusahkan.

hai kawan-kawanku, marilah kita kembali menyemak segala ibadah harian kita termasuklah tatacara dan rukun solat, wudhuk, puasa, mandi hadas, dan sebagainya. juga jangan segan utk tasmi' atau memperdengarkan bacaan solat dan Quran dengan ustaz dan ustazah. dan apa yang lebih penting adalah, marilah menuntut ilmu fardhu ain bersama guru, bukan hanya dengan membaca blog, artikel, buku dan dengar-dengar sahaja kerana tidak sah utk taqlid atau taat kepada sesuatu hukum tanpa mengetahui nas, dalil dan bukti mengenainya. ini termasuk dengan sifat-sifat yang dipercayai dalam i'tiqad atau kepercayaan ahli sunnah wal jamaah. tak cukup hanya sekadar tahu dan hafal tentang sifat 20, sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan rasul etc, tetapi wajib mampu mengeluarkan dalil aqli dan naqli, barulah valid segala i'tiqad kita tu. saya sendiri takut nak cakap tentang perkara ni sebab i'tiqad ni perkara yang hmm payah. ia mengenai kepercayaan dan kesannya pada kita setelah kita mempercayainya. huhu

well.. saya tak mau menghurai banyak tentang tanggungjawab wajib setiap muslim iaitu mempelajari ilmu fardhu ain. cuma ingatlah, kebodohan adalah suatu maksiat. bodoh tentang agama adalah maksiat yang sangat besar. dan maksiat yang sangat besar ni lah yang akan menyebabkan seorang yang kuat beribadat masih dihumban ke neraka. naudzubillah.. :(

semoga Allah beri kekuatan, ruang dan peluang utk kita semua termasuk saya mempelajari dan mendalami ilmu Allah yang sungguh luas dan tak tertulis hatta lautan ini menjadi tinta@dakwatnya.. :)

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. [google image]

Wednesday, May 25, 2011

sedetik lebih

lagu asal:

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanMu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanMu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari diriMu Tuhan
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku…
Ku amat mencintai Kamu
Kerna Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Kamu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari diriMu Tuhan
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku…
Ku amat mencintai Kamu
Kerna Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


# selepas sedetik dari infiniti tetap infiniti
# Tuhan tiada diri (jasad) yer..
# Tetibe aku teringin nak tukar wordings lagu anuar zain ni jadi cmani sbb merasakan manusia tak deserve mendapat pujaan cinta sebegitu rupa.
# tapi dlm masa yg sama, tiada manusia yang mampu menyintai seperti cintanya Allah kepada hamba-hambaNya.
# jadi hanya penipuan belakalah lagu itu ekk.. huhu
# ku syukur Allah berikan aku nafas dan nyawa, jantung dan jasad, merasakan kesusaha dunia dan kesenangannya juga, merasai cinta manusia dan terima kasih Allah.. securang-curangnya aku, masih lagu sudi Kau pandang..

(pokcik Google Image) masih jauh perjalananku harapnya.. ia bakal tamat dengan hadirnya ajal. atau berhenti seketika di anchoring area utk melihatkan semula carta perjalanan yang telah ku lalui. wahai Kekasih, ku ingin bertemuMu, ingin melihatMu seperti aku mampu melihat bulan dan matahari terbenam.. ku tak mampu mencintaiMu seperti para penghuni Firdaus. lebih-lebih lagi rasulMu Muhammad yg mulia. juga  Nuh yang menguasai ilmu perkapalan dan perlayaran. apa nilai ilmu yg ku pelajari andai tak mampu menggunakkannya utk perlayaran dlm pencarian cintaMu.. nah, mana nilaiku? mana tarafku? siapalah aku di mataMu? wahaiTuhan.. wahai Kekasih.. terima kasih.. sekurang-kurangnya, aku telah 'boarding' atas bahtera kasih dan keampunanMu..

Friday, May 20, 2011

couple itu bukan zina - fahaminya

couple bkn zina???
s0 interesting..!.ntuk mmahami erti sbenar zina hati serta c0uple......slmt sAbar mmbce..
by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Sunday, April 24, 2011 at 8:24am

Assalamualaikum semua..
Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..

MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”
Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.
Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.
Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.
Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).
Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)
Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.
Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.
Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى
(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......
Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).
Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).
Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:
1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).
Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف. أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).
Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.
Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?
Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.

4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.
Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.
Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)

6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.
Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.

7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.
Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.

8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?
Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.
Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:
((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).

9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?
Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.

Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..
Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.

9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.
Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.
Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.

10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.

11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke?

Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul.

12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.

Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan.

13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.

Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati.

14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak?

Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up.

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati.

Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha…

Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!!

15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.

Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.

16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi..
Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.

((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).
Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.

Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?
Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.

17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.

Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda.
Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik?

MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA
Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki.

Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya.

Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka.

Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan.

Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama.

Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain.

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.

Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.

Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan)

Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya.

Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”….hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya.

Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama.
Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik.

Sekian, wassalam.

-Semoga setiap persoalan yang bermain di fikiran kita, akhirnya dapat dileraikan.. InsyaAllah..-

p.s. i amek kat http://www.facebook.com/notes/hidayah-rosni/couple-bkn-zina-untuk-mmahami-erti-sbenar-zina-hati-serta-c0upleslmt-sabar-mmbce/195413247168899