::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Saturday, February 26, 2011

ringkas aja

salam alaik

sebelum muni lelapkan mata, muni nak sampaikan mengingatkan kembali diri kepada sesuatu. lagipun, muni dah amek masa sikit untuk update blog pink jadi brown. saja nak tukar cita rasa.

niat
tadi muni belajar tentang niat. dari hadith pertama dalam Hadith 40 meriwayatkan tentang niat. muni duk menghafal hadith tu tapi kak usrah tak tasmi' (perdengar) pulak. tak kisah pun sebab yang penting, maksudnya. dari hadith nabi ni, apa yang penting adalah niat. kalau niat biasa saja, tak teguh, tak benar dan tak jelas, perbuatan yang diniatkan selalu tak menjadi.

cemburu
niat juga ada kaitan dengan cemburu atau hasad. kenapa mahu cemburu terhadap kecantikan, kesenangan dan keuntungan orang lain sedangkan Allah tak pernah sesekali melihat pada luaran. Allah hanya pandang pada hati yang bertaqwa. kadang-kadang dengan adik beradik sendiri pun pernah cemburu tapi apa ada pada kecantikan atau kemudahan yang sementara padahal akhirat sana adalah lebih abadi. biarlah kita tak cantik macam ibu atau kakak kita, asalkan hati, iman dan akhlak kita lebih cantik dari mereka. haip! ni contoh ja mat.. hee..


ilmu
satu perkara yang paling muni gerunkan adalah ilmu. kata Kak Lah dan Tasya, ilmu itu ibarat air dalam parit, andai ia tidak mengalir (disampaikan pada orang lain), air itu akan menjadi hanyir dan busuk. lagi, ilmu itu adalah amanah, andai tidak disampaikan pada orang yang berhak tahu, pahala kebaikan dari ilmu itu akan dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu hinggakan orang yang berilmu menjadi muflis di akhirat sana. yang terakhir berkaitan ilmu, menjadi tanggungjawab bagi orang berilmu untuk menyampaikan ilmu dan menjadi tanggungjawabnya juga untuk mengamalkan ilmu yang telah disampaikannya tadi.

jadi.. bak kata Rasulullah, "sampaikanlah dariku walau satu ayat"..:)


 selamat malam kepada semua dan pada blogger yang sleep-walking ber blog-walking malam-malam ni..hehe.. semoga ruh kalian tenang direhatkanNya.. moga kita bertemu lagi esok pagi.

p.s. muni ada class ganti esok pagi. =_=" insyaAllah ilmu lagi..

Friday, February 25, 2011

review : 3 Idiots

salam..

ehh perasan tak, ramai sangat blogger yang suka tulis merapu kat blog mereka. contohnya, review (macam aku), kehidupan peribadi mereka yang patutnya tak perlu dikongsikan (macam aku dulu-dulu), membuat entry lucah (konon-konon nak datangkan rasa kesal padahal lebih kepada penyebaran aib orang lain), review blog blogger-blogger otai dan paling banyak ku jumpa, dia buat blog khas untuk masuk Give Away or Contest. adeshh.. pelik-pelik kan? moga entri-entri dalam blog aku ni ade manfaat kat ampa suma naa..

tapi aku nak buat review or komen ajalah sebenarnya tentang sebuah kisah yang baru je aku tonton, dengan niat hati terusik dengan pengajaran-pengajaran yang diselitkan. movie Bollywood bertajuk 3 Idiots. ala.. ramai dah tengok kan? walaupun filem ni dah lama, aku tak kesah! janji, cerita dia best! siapa belum tengok, silalah tengok yer. walaupun 3 jam tayangan, puas hati kot i guarantee you! click sini untuk link donwload tapi aku xsure la berjaya tak ampa nak download dan tonton. aku cuma bagi link ja.. ;)


macam besa, google mari! ;)


synopsisnya, mengenai 3 sahabat yang baik dan nakal. apa yang lebih menarik, filem itu menunjukkan bahawa orang India ni cerdik walaupun bising mulutnya. hahaha.. no offend yer kawan-kawan bangsa india. mungkin kerana mereka cerdiklah mereka aktif dan bising. sentiasa bersemangat dan suka belajar walaupun nakal dan tak disenangi orang lain. 3 sahabat baik yang mengharungi kisah hidup kampus yang mencabar dan amat menyeronokkan tapi apa erti hidup tanpa ujian. :) silalah beli CD Ori untuk tontonan yang memuaskan. hehe

dari filem tersebut, apa yang amat menyentuh hatiku, bikin tangis dan tawa
~ don't run for success but run for excellence, then success will run to you
~ don't be afraid of your future
~ kisah persahabatan yang amat dahsyat
~ kisah intelligence
~ kisah kenakalan yang berguna

agaknya andai seorang yang berotak engineer memang suka letak dalam point form. nasib baik font komputer. if hand written, tak tahulah kan. if tak juling, mahu terjuih jugak bibir seksi anda tuh mengutuk saya. hahaha aku peduli hapa. but on top of that, silalah tonton yer. tak kisah la ampa ni engineer ka, doctor ka, ustazah ka, politician ka, orang takda kerja ka.. tonton dan selami kisahnya. ;)

p.s. awat la aku malas gila nak study dah final sem ni ek? aku double idiot agaknya kan.. huuu..!

Tuesday, February 15, 2011

sekembalinya aku (day 7)

okeyy.. yang ni last update aku tentang GOP Iran 2011. hari yang paling sayu bagi aku sebab akan meninggalkan suatu negara Islam yang kuat. err.. Islam syiah la tapi.. di mana bumi di pijak, di situ Quran dijunjung!

lokasi: Azadi Square, Tehran






















Monday, February 14, 2011

sekembalinya aku (day 6)

huhh! yang ni malaslah aku nak cakap. korang tengok sendirilah.. ahahaha

lokasi:
(i) National Library of Iran
(ii) Mount Tochal, Tehran

dari Library bleh nampak Tochal

 

library building is back there..


video



out tourist guide, Mr Mohamad b Zadeh and lecturer, Dr Omar Yaakub




fat furry fancy but frightened creature, mount cat









sekembalinya aku (day 5) : jumpa ahmadinajad!

ok.. dah tau camane nak kasi sususan gambar ikut time roll. ni gambar-gambar jalanan on the way to Khwarizmi Award. gambar-gambar dalam majlis itu hanya untuk akhbar tempatan sahaja. kawalan security level utk para dhif nak masuk adalah amat ketat kerana bimbang akan disiar-luarkan oleh media asing.

Khwarizmi Award adalah bagi meraikan kejayaan para saintis Iran dan beberapa negara asing yang turut bertanding. negara yang ikut serta adalah Australia, Uzbekistan dan Italy. apa yang sangat menarik adalah majlis itu dihadiri oleh Presiden Iran sendiri, Encik Ahmadinajad. hehe.. bangganya aku jadi tetamu kerajaan. hins hins.. dan salah satu penganjur atau sponsor majlis itu adalah syarikat TEEEETT!! RAHSIA dari Malaysia kerana ada wanita melayu yang menulis ucapannya dalam buku ucaptama. err.. buku acara la mudah nak kata..

menarik kan? presiden negara datang untuk hanya sejam bagi mengikuti dan menyampaikan award saintis. bagusnyalah mereka ni. mereka amat menyantuni ulama'. presiden sendiri tak bagi ucapan tentang teknologi sebaliknya berkisarkan solat dan tanggungjawab muslim kepada masyarakat dunia. pergh!! presiden kita? ohyeah!! haha no offend. haha mungkin pagi-pagi ni tengah jogging kat tepi bangunan wilayah ke kan.. ;)

go Malaysia go!

that one yang putih tu adalah snow taw. hehe




Khwarizmi Award dinner, semi formal function


foreign scientist