::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Wednesday, August 4, 2010

cinta remaja muslim

salam alaik

wahh makin hangat kisah cinta antara remaja skrg kan? aku baru je ternampak gambar2 profile kat facebook rakan2 ku. ada yg letak gambar bersama suami, bersama anak, bersama kekasih (duk jauh-jauh) dan ada juga yang berpegangan, gambar berpelukan, gambar menempel dsb. di page 'rakan terbaik' aku, statusnya berbunyi "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - bnu-majah. adiknya menyambung : btul3...tp,sblm nk kawen ngan wanita solehah jd la soleh dlu..hu2


hiasan je. ^_^
kemudian teruja nak kenal muka adiknya, aku click pada profilenya. wah~ sudah bertunang! bakal suaminya itu masih belajar. kacak sekali wajahnya lantaran suluhan hidayah. :) alhamdulillah.. sejuk hati ummi mereka. :) semoga berkekalan hubungan mereka disulami dengan kasih sayang dan redha Allah SWT. ameen..


dengan tajuk entry sebegitu, aku kurang pandai menulis artikel cinta apatah lagi artikel keagamaan. cuma nak beri pendapat la sket. sumenye berkaitan dgn kisah cintaku yang xkunjung habis. hukhuk


ada suatu ketika, aku bersembang panjang dengan seseorang yg ku anggap bakal suamiku. belum cuba diketengahkan kepada keluarga lagi. masih dlm perancangan. masa tu la.. tapi akhirnya kami berpisah atas sebab tertentu. hati sgt berat ingin bertindak demikian sebab cinta itu terlalu kuat. ak ketuk kepala sendiri. fikir baik2 muni, betul ke ko cintakn sifulan ni? jadi aku tanya pd fulan itu. adakah kasih-sayang kite kerana cinta yg benar atau sekadar nafsu semata-mata? dia tanya semula padaku. mungkin dia tak mahu menjawab. 


yes, kasih sayang kita berlandaskan nafsu kerana
1 - kita terlalu sayang to each other sehinggakan kita tak sedar siapa yang lebih layak untuk cinta itu . hanya Dia yg layak kerana Dialah yg menurunkan 1 bahagian dari kasih-sayangNya pada makhluk2-Nya kt bumi ni. Dialah yang menciptakan rasa itu. kasihNya tak perah bersempadan.
2 - kerana sayang, kita telah mengabaikan banyak perkara seperti melewatkan solat, memanipulasi soal yes-or-no dlm hubungan lelaki dan perempuan ajnabi dan pelbagai fikh yg lain.
3 - iman turun naik dan bila dah turun, sukar nak naik balik. (faham2lah kan..)
4 - hati menjadi lemah kerana selalu mengenangkan suka-duka dlm hubungan


yeslah..kan in a relationship..yg blum dpt certificate dr Allah lagi..mmg la susah. mcm org nk cari keje, kalo takde sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan, sijil2 akedemik, sijil sokongan dan resume, mane ley approve keje. sama la mcm hubungan. kalo takde pengorbanan nak 'fotostat sijil2', usaha nak 'taip resume' dll, xmungkin Allah nak terima. takkan diterima dlm agama. tu pon kalo org keje, mesti disaring dulu. apatah lagi bab nikah dah hubungan ni. lagilagilagilagilaaahhh payah nk sebut. sbb tu lah ia adalah urusan Allah. xperlu la cari 'kabel' or 'org dalam'.. xperlu la nk berharap sgt. doa jela byk2. kot2 kalo dpt, itulah takdir yg telah termaktub dalam buku kita kt Luh Mahfuz sana. :) redha la pada ketentuannya spt dlm rukun iman ke 6 beriman kpd qada' dan qadar.


yes.. hati kami sakit. kami saling sayang, saling ambil berat, saling mengingatkan, saling mengejutkan solat subuh (sy jarang2 la. kui3), saling kerinduan, tapi kami akhirnya sedar tentang hakikat cinta yang sebenar. bukan berlandaskan angan-angan dan amalan yang masyarakat sekarang agung2kan.. jadi kami decide utk berpisah.. (╯︵╰,)


kononnya skrg kami mempunyai teman istimewa masing2, namun kami bertekad utk sentiasa sedar di mana letaknya tahap cinta yg sewajarnya. cinta pada rakan-rakan hanya yang sekdar wajar sahaja. :) cuma berusaha utk menjadi calon yg baik. hehe


camane pon, sy tabik spring pada adik si fulan itu kerana berjaya menghandle cintanya dgn baik. sy yakin, ia bukan cinta yg mcm couple2 ni rasa tp ia adalah kebahagiaan di atas kewaspadaan dari dosa. kurang in contact, sentiasa berusaha meningkatkan iman dan prestasi hidup. subhanallah.. muda lagi mereka tapi amat matang kerana berpegang teguh pada agama Allah. 


"sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang siapa mengkehendaki (kebaikan paa dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju Tuhannya" [77:29]







4 comments:

Cik Fafa said...

salam..hmm..thanks for the entry..
ingt mngingati di smping ingtkn diri sndiri..
anyway..itulah yg sepatutnya..and sebab tu saya mnulis post berkenaan dngn menahan nafsu.=)
ku doakan yg trbaik buat jodoh kamu..
and doakan aku juga..^.^

HiJaBViOLet said...

salam munie:-)
mudah mudahan yang soleh buat kamu..tak kan sia sia kamu berkorban kerana allah!!

MuNie said...

miss fafa; thanks ukhti.. syg kamu~ (。♥‿♥。) insyaAllah.. samelah kte saling mendoakan yer.

hijab; waalaikumsalam.. :) trm ksh. camtu lah harapnye.. buat ukhti dan kwn2 yg lain juga.. ameen..

Unknown said...

nice entry munie!hehe..yup..mencari,bukan menjadi~
Latest post:trip Pulau Pangkor,bahagian 3 dah!!