::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Sunday, December 30, 2018

Akhir tahun 2018

Salam. 

Hari ni terbaca suatu perkongsian dari seseorang. Tergerak untuk menuliskannya di blog penuh sawang ini.

.

Dear all,

Some sharing for this evening:-

1) What changes have there been in your life since this time last year? Think about the events that have taken place.

2) What have you accomplished?

3) What decisions have you made? 

4) And most importantly, how much you have grown as a person?

Try to make changes by following your intuition.  Even though it seems stressful and sometimes painful, change means growth!

Happy thinking 😉

Together We Progress 🔷

.

Alhamdulillah. Tahun 2017 saya baru sahaja melangkah ke alam pernikahan setelah habis belajar. Terlalu banyak perkara besar yang disulami suka duka berlaku di tahun 2017. Banyak perkara yang dipelajari terutamanya hal ehwal rumahtangga dan karier. Saya korbankan hati, perasaaan dan karier demi suami tanpa dia minta. Alhamdulillah, tak sangka ia suatu jalan yang sukar dan 'rewarding' di tahun 2018. Menjawab soalan pertama. ^^


Jadi setelah tinggal di rumah suami tanpa sebarang pekerjaan tetap, akhirnya impian sejak di matrikulasi terlaksana iaitu menjadi surirumah sepenuh masa sambil menjadi seorang guru. Pelik kan impian saya itu? Alhamdulillah ia terlaksana. Cuma ia dilaksanakan pada dan bermula pada Februari 2018 hingga ke hari ini. Sekarang ini, saya menunggu pelajar saya sampai dengan menulis perkongsian ini. Hehe. Menjawab soalan kedua. ^^

Bukan mudah jadi seorang surirumah sepenuh masa yang terletak di mindanya pelbagai perkara dan idea yang bersarang. Saya sibukkan diri sebagai guru rumah dan segala tugasan surirumah yang biasa diletakkan padanya. Mengimbangkan karier dan rumahtangga hanyalah soalan yang ditanya pada seorang isteri dan/atau ibu, bukan kepada suami/bapa. Kerana mereka diimbangi oleh isteri/keluarga yang membantu. Wanita, begitulah, pendokong bagi seorang pelindung. Cuma perlindungan itu bukanlah 24 jam kan.. manakala mendokong itu sesuatu yang berlaku 24 jam. Haha. Untuk menangkis hunusan kata-kata dari ramai orang, saya membuat keputusan untuk berusaha sedaya upaya mengikhlaskan hati agar tiada sedikit penyesalan atas keputusan yang saya buat pada tahun 2017. Ia nampak kecil kerana hanya melibatkan hati, internal struggle, but it doesn't mean it's easiest. Setuju? Menjawab soalan ketiga. ^^

Kini, di usia 30 tahun, saya sedar yang perkara baik dan buruk itu sebenarnya tidak sentiasa sama saiz, beriringan, bahkan ia hanya mengimbangi kehidupan kita di dunia. Perkara yang baik sebenarnya lebih kerap berlaku dari yang tidak baik. Bukan setiap hari kita diuji dengan kenderaan rosak, atau pertengkaran, atau tiada makanan untuk disuguhkan pada keluarga. Ia hanya berlaku beberapa kali dalam setahun. Kebanyakan masa yang lain adalah perkara yang baik, seperti senyuman suami/isteri dan anak-anak, perpaduan di antara jiran, makanan yang panas dan mengenyangkan, selamat sampai ke tempat kerja, kesihatan dikala cuaca panas sejuk, kemampuan untuk bernafas.. Alhamdulillah, kini saya lebih ceria dan gembira kerana saya sudah mula pandai bersyukur dan mata saya sudah mula pandai melihat dengan pandangan hikmah. Bukankah sebenarnya, Allahlah yang telah memudahkan kehidupan saya? Menjawab soalan keempat. ^^

.

Mungkin azam tahun baru boleh saya tuliskan juga ya di sini? Bukan ada yang membacanya pun kan? Hehehe.. :P Baiklah, jika ada, sudilah kongsikan ceritera atau link anda di ruangan komen ya. ^^