::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Thursday, August 7, 2014

Gemuk, aset manusia ke syurga

Sepanjang saya tinggal 2 semester di KDSE, saya kenal kucing ni sebagai kucing yang gemuk, sihat, bulu kembang, berani, matang dan ibu tunggal tanpa anak. Mana tak gemuknya, bunting saja. Tapi tak pernah dia merasa bela anak sendiri. Tak pernah jumpa kucing yang bulu kembang macam dia. Rata2 Cuma kucing bulu pendek dan berkilat. Saya panggil dia Gemuk atau MakMuk.

Semester lepas pernah saya selamatkan kucing baru beranak tapi anak kena buang. Jumpa anak kucing dalam kotak, penuh dgn telur lalat. Saya dan Ija cuba bersihkan dan beri pada ibu kucing tu utk disusukan. Alhamdulillah berjaya walau cuma sebentar kerana kesemua anak belaannya mati beberapa hari selepas diselamatkan. Saya iklankan ibukucing tu untuk adoption. Alhamdulillah, ada pelajar kolej sebelah sudi bela. Pada waktu yang sama, Gemuk juga beranak tapi tak sempat selamatkan anaknya.

Sebelum raya, Gemuk dah cukup bulan nak beranak. Pandai Gemuk sorokkan baby Aidilfitri. Setibanya saya ke KDSE selepas seminggu cuti raya, Gemuk datang bilik macam biasa, kali ni dia dah kurus. Dia godek2 bilik saya, rupanya utk tempatkan anak2nya. Sekali lagi dia cuba masuk bawak anak dia (seekor dulu), dia paksa saya buka pintu sambil anaknya berdecit ngiaunya. Terpaksa saya tutup semua lubang, dan letak mereka bawah meja study saya. Malam yang memenatkan, hamper setiap jam saya bangun utk buka pintu dan bagi dia keluar masuk usung anak. Empat ekor semua sekali, sangat sihat dan gebu.

Esok paginya, saya beli wetfood dan sekilo makanan kucing dari kedai runcit dan minta kotak kosong dari pekedai. Alhamdulillah Gemuk settle dengan anak-anaknya di bilik hose reel. Saya terpaksa letak di situ kerana saya pergi ke makmal setiap hari. Bertahan hanya 4 hari sebelum berlaku insiden hari ini.

Hari ini, saya tak pergi makmal seperti biasa kerana saya sibuk siapkan kerja penyelidikan saya di bilik. Gemuk datang berjalan ke bilik. Dia godek2 bilik saya seperti biasa. Kedengaran di luar bunyi orang buat pembersihan. Saya sangat focus dan geram dengan printer saya buat hal, hingga langsung tak terfikir nak jenguk anak Gemuk dalam bilik hose reel. Bila semua bunyi tu selesai, printing saya pun selesai, saya buka pintu dan Gemuk meluru keluar ke bilik hose reel. Saya sangat terkejut dan cepat-cepat saya pergi tengok. Bilik hose reel tertutup rapat, anak kucing, kotak, dan hamper sekilo makanan kucing hilang. Bilik tu bersih. OMG!! Dalam hati menyumpah, saya berlari cari kotak di setiap tempat pembuangan sampah di sekitar kolej. Pencarian GAGAL

Sampai depan bilik, dari hujung koridor, Gemuk masih mengiau di bilik hose reel. Saya tak dapat menahan perasaan. Sambil mendukung Gemuk, saya menangis sepuasnya. "Sampai hati manusia buat mcm tu kat anak kau Muk. Allah akan balas. Tengok lah Muk. Mesti hidup dia sengsara. Aku mintak maaf, aku tak dapat tolong banyak. Nanti aku kumpul duit sunatkan kau." T_T

Jika awak ada kuota ke syurga, jangan lupakan saya.

~~****~~~

Saya tak faham, kenapa kuda, rusa, arnab, kambing dan itik boleh mendapat tempat yang eksklusif di kampus ni sedangkan ia adalah haiwan yang perlu dicari, diburu atau dibeli. Saya faham jika tak dapat nak menempatkan monyet dan khinzir dalam kandang sebab ia haiwan liar. Tapi kucing?? Yang jinak, manja dan percuma, tiada orang nak bela dan diberi penempatan khas. Dah berbuih orang suggest pada Majlis Perwakilan Mahasiswa untuk buat cat shelter di UTM. Terhenti sampai kertas kerja sahajakah? Apa cerita pun tak tau dah. Berlambak kucing terbiar di kampus ni, takkan nak harapkan orang datang adopt sahaja? Bela sendiri kat bilik pun belum tentu selamat dan pastinya banyak halangan yang dihadapi oleh para pelajar yang mengasihi haiwan. Takde duit nak jaga (tandas kucing, pasir, makanan, vaksin dan makanan) dan bergraduasi. Untung kalau keluarga benarkan jaga, berusahalah juga seludup anak kucing naik bas dari Klang ke Teluk Intan (pengalaman peribadi ketika form 4). Yang jenis indifferent dengan binatang?

Sekarang, pada saat post ni ditulis, Gemuk sedang mengiau cari anaknya. Wahai cleaner, staf dan penggubal undang-undang kampus, kalian akan ditanya kelak. Especially cleaner yang tak reti kasih sayang dan erti kasihan. Dah terpampang notis kat pintu hose reel tu to spare the life, masih buat juga. Tunggulah.. Gemuk pasti akan menuntut haknya di akhirat kelak.
 
Saya dah cuba iklankan adoptionutk Gemuk ni, tapi mungkin ayat saya tak powerful atau saya kurang tekankan risiko yang dihadapi oleh kucing terbiar di KDSE ni. Gemuk is a free cat. Gemuk adalah kucing bebas. Dia berhak buat apa saja yg dia suka. Dia tiada dosa. Dia tiada akal. Salahkah dia berak di bilik air? Salahkah dia beranak dan sorokkan anaknya? Salahkah dia dan anaknya hidup? Salahkah dia tangkap cicak untuk survivalnya? Saya tak kisah kutip najis dia (di bilik air je pun), saya tak kisah berkongsi makanan dengan dia, saya tak kisah monitor anak2 dia. Ramai lagi orang yang lebih menyanyangi haiwan berbanding saya. In fact, I did that. Mujur kucing tiada perasaan dan memori yang kompleks. Gemuk mungkin akan lupa penderitaannya, tapi ingat, Allah tak pernah lupa.

Jika berminat utk adopt, sila contact saya melalui emel, esmoonieya@gmail.com

Saturday, January 4, 2014

Munie vs Qarin

Qarin : Jom muni main game. Kalau kau kalah, aku dpt point. Kalau aku kalah, kau dpt point.

Munie : maksudnya?

Qarin : Game ni kite kena usaha nak jatuhkan pihak lawan. Contohnya, aku buat kau lupa baca bismillah masa makan. Dengan tu, aku dpt point. Aku kenyang sama. Tapi bila kau baca jgk bismillah, kau dpt pahala, aku dpt lapar. Amcm? Deal?

Munie : eleh senangnya. hah, hokeh!

(Qarin pun mula dengan menyelimutkan dan mengeratkan pelukan bantal ketika munie belajar bangun subuh dulu2. hari2 mereka bertempur. masa mula2 game munie semangat main, selalu menang. tapi dah biasa org pndg dia baik, dia mula kendur.. kemudian, selang beberapa tahun..)

Qarin : wey muni, ko tau main tak? aku dah gemuk lagi sasa, baju lawa, makin kaya, hari2 level up.

Munie : sibuklah kau. aku dah byk level jgk la..

Qarin : eh, marah? aku x suruh pun, kau buat siap2 dah.

Munie : aku buat ape?? mane ade

Qarin : buat dosa la. aku petik sket, ko tau x elok mesej rapat2 ngn laki, tapi selamba je aku tgk. x reti kwn ngn pmpuan katenya. lagi, tau aurat wajib tutup, aku x pyh suruh ko dh bukak. x nak jadi hipokrit katanya.

Munie : tapi masa ramadhan aku berubah pe.

Qarin : mcm x je. buat ke amalan2 ramadan tu? lepak je aku tgk. ngaji x, solat sama je lewat. fine, rmdhn, aku bg can je ko recharge iman. kalo x boring la aku kan~

Munie : hins hins.. wey aku dah berubah la pas ramadhan. aku buat je walaupun sikit

Qarin : haah, pastu, aku twist sket, 'kang org tgk la', 'eh kang riak', ko dah x jadi buat. blah la. berubah mende..

Munie : argh aku benci kau!

Qarin : benci? tapi kau suka benda aku suka. mcm girlfren aku je gaya. konon nak syurga tp x beramal mcm org syurga. konon benci jatuh ke neraka tp xpenah get ready utk x masuk sana. konon nak sama2 menangkan islam, peeeraaah! main facebook je aku tgk.

Munie : @#$%^&*I

Qarin : mencarut? sah, mmg terhegeh nk jd girlfren aku. heh..

* guna nama sendiri utk memperingatkan diri sdri.

Thursday, June 27, 2013

the old tall



it's been old.

and the cloud won't wait. 

rain will come down pouring.

shatter the old piece away.

***

life's continue.

time won't wait.

when the death is coming.

souls go away.

Sunday, December 9, 2012

Thursday, August 30, 2012

Mirai - Future


hayati liriknya. pasti anda tersentuh.

p.s. for some reason, teringatkan supervisor kesayangan, Dr Jaswar. I'm sorry sir. :(