::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Wednesday, August 4, 2010

Cinta Aku Pada Si Dia

Cinta Aku Pada Si Dia
www.iLuvislam.com
Oleh: Zara0402
Editor: Nazarudin

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi



Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…


Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…



9 comments:

mama HidayahAmin said...

Assalammualaikum... indahnya cetusan hati kamu... gembira membacanya.

NICK IRFAN said...

wah! best ayat ni... menarik.. :)

NICK IRFAN said...

wah! best ayat ni... menarik.. :)

MuNie said...

mama; trm kasih akak.. :) sy copy paste dr iluvislam.com tu.. alhamdulillah.. tetiba tergerak hati nak baca. :)

nick; semoga dihayati dlm pengertian hidup kite yg sbnar. :)

shameel Iskandar said...

"Ikatan iman yg paling kuat ialah Kasih sayang kerana Allah dan membenci kerana Allah." ini maksud sebuah hadis ( maaf x sempat saya nak belek buku ttg perawinya)

Jadi,biarlah Allah mnajdi cinta agung kita. Dan biarlah cinta sesama islam dalam kerangka mengapai mardhotillah.

iqbalsyarie said...

dah lama tak bukak iluvislam..huhuhuhu
Latest post:trip Pulau Pangkor,bahagian 3 dah!!

mira said...

i like it! aku nk copy ltk lam blog aku ea.. hehe

aisyahHumaira said...

Salam munie...

Sesuatu yg indah untuk dikongsi..
Syukran yer..Moga kita semua terus mencari redha ilahi...
Sentiasa pelihara iman dan amal kita pdNya..
InsyaALLAH..ade kejayaan yg dijanjikanNya..

MuNie said...

mira; boleh2. silakan. ak pn copy dr iluvislam.com :)

iqbal; thanks. great la dpt g pangkor kan.. :)

aisya; alhamdulillah.. tetiba nk baca artikel tu. terasa sgt mnusuk ke kalbu, lantas dikongsilkn bersama. :) may hasanah always be with u. :)