subhanallah.. dah lama sangat saya tak mengupdate blog ni sampai ada sahabat yang unknown tu minta saya update. sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dicelotehkan tapi masa dan keadaan yang membataskan. takpelah.. cukuplah saya cuma updatekan apa yang telah saya lalui aje ye. *macam la ada orang nak tau. :P
selepas mengharungi pelbagai mihnah dan tribulasi yang penuh suka duka dan ranjau duri serta lautan api, thesis saya telah berjaya disiapkan oleh dua kerat tangan ini.. alhamdulillah.. dengan bantuan yang tak putus dari Tuhan yang Maha Baik dan rakan-rakan yang soleh-solehah insyaAllah, segala urusan menghantar thesis telah settle dengan berjayanya. alhamdulillah.. syukur sangat pada Tuhanku..
kemudian, cukup 2 hari saya berehat-rehat, bersantai-santai, bermain-main dengan adik-adik serta haiwan-haiwan peliharaan di rumah, pada Sabtu Jun 11 saya ke UIA untuk menginap sementara menunggu terbang ke Kelantan pada 12 Jun. 13 Jun bermulanya pengajian dalam program Daurah Pondok IPT SeMalaysia 2011 yang bertempat di Sekolah Ad-Diniah al-Bakriah Pasir Tumboh, Kelantan. femes dikenali sebagai sekolah pondok, di situlah saya menuntut ilmu fardhu ain selama hanya 2 minggu.
di sekolah itulah saya belajar dengan jelas dan terperinci tentang hukum hakam agama. bagi saya, ia sudah terperinci namun masih jauh dan dalam lagi ilmu Allah ni.. pengajar-pengajar di situ mengajar secara 'fi-sabilillah' iaitu tidak menerima sebarang bayaran atau gaji. mereka amat teliti dan faham tentang nas-nas dan ilmu Fiqh. apa yang menyebabkan mata tercelik luas adalah pelbagai perkara yang ada dalam silibus buku teks sekolah itu hanyalah mungkin 10% dari apa yang saya dapat selama 2minggu itu. (nak kata kat sini, betapalah kita sangat mementingkan ilmu kifayah berbanding ilmu fardu ain). tu pun dah rasa yang subjek2 agama kat sekolah tu berat, banyak dan menyusahkan.
hai kawan-kawanku, marilah kita kembali menyemak segala ibadah harian kita termasuklah tatacara dan rukun solat, wudhuk, puasa, mandi hadas, dan sebagainya. juga jangan segan utk tasmi' atau memperdengarkan bacaan solat dan Quran dengan ustaz dan ustazah. dan apa yang lebih penting adalah, marilah menuntut ilmu fardhu ain bersama guru, bukan hanya dengan membaca blog, artikel, buku dan dengar-dengar sahaja kerana tidak sah utk taqlid atau taat kepada sesuatu hukum tanpa mengetahui nas, dalil dan bukti mengenainya. ini termasuk dengan sifat-sifat yang dipercayai dalam i'tiqad atau kepercayaan ahli sunnah wal jamaah. tak cukup hanya sekadar tahu dan hafal tentang sifat 20, sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan rasul etc, tetapi wajib mampu mengeluarkan dalil aqli dan naqli, barulah valid segala i'tiqad kita tu. saya sendiri takut nak cakap tentang perkara ni sebab i'tiqad ni perkara yang hmm payah. ia mengenai kepercayaan dan kesannya pada kita setelah kita mempercayainya. huhu
well.. saya tak mau menghurai banyak tentang tanggungjawab wajib setiap muslim iaitu mempelajari ilmu fardhu ain. cuma ingatlah, kebodohan adalah suatu maksiat. bodoh tentang agama adalah maksiat yang sangat besar. dan maksiat yang sangat besar ni lah yang akan menyebabkan seorang yang kuat beribadat masih dihumban ke neraka. naudzubillah.. :(
semoga Allah beri kekuatan, ruang dan peluang utk kita semua termasuk saya mempelajari dan mendalami ilmu Allah yang sungguh luas dan tak tertulis hatta lautan ini menjadi tinta@dakwatnya.. :)
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. [google image] |
No comments:
Post a Comment