salam alaik
tgk tajuk cm syok je kn? hakikatnye, memang syok! alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar. tanpa perancangan.
3 Julai 2010
- kenduri kahwin rakan dari KISAS di Putrajaya. dah lama dijemput sendiri oleh pengantin.
- reunion mkn2 dgn rakan-rakan dari SEMARAK di hometown aja dan jemputan atas jemputan.
aku tanya pada ibu, "which one to go bu?"
ibu cakap, "mana-mana yg lebih baik. mudah atau yang kamu lebih inginkan"
so, Putrajaya la aku bermusafir. ^_______^
bagiku, reunion amat la penting sbb tu peluang kita nk jumpe balik kwn2 lama. mengikat semula tali yg mula longgar atau pun yang sememangnya dh putus. dalam situasi aku ni, kawan-kawan Kisas yg aku utamakan sahulu kerana:
~ ia majlis walimah
~ pengantin dan jemputannya pelajar luar negara
~ aku xpernah pergi Putrajaya =.='
therefore, kalau ada kawan2 dari Semarak yg mengexpect kehadiran aku, sori la der.. next time lak. :)
____________________________***________________________________________
perbuatan menahan diri
susah kan nak kawal diri sendiri? nak kawal kucing jangan kacau kite makan lagi mudah dari nak halang diri kite makan dgn kucing. (apakah???) soalnya, menahan diri memang susah. hmm.. sampai disebutkan dalam suatu riwayat (xsure), menahan nafsu adalah jihad terbesar bagi seorang Muslim.
solat pula menjadi alat untuk tujuan itu. cukupkah? belum kerana ada orang yang tak pandai mendalamai solat, ada orang yang tak faham tentang solat, ada orang yang masih merasakan solat tak cukup kuat utk kita tahan diri. ada pula puasa.
puasa adalah method yang popular bagi umat Islam menahan diri. lebih-lebih lagi orang Melayu. puasa tak pernah tinggal. MasyaAllah.. tapi solat? hmmm~ sebab tu ramai orang yang buka puasa kat kedai makan pakai skirt pendek, pkai lipstick merah menyala, rambut warna coklat. wah..
ada jugak orang yang solat dan puasa, dua-dua tak tinggal tapi mungkin lebih teruk dari tak tutup aurat dan mengumpat. (mengumpat tu dosa besar taw). siap bertudung labuh, berstokin kaki, tapi mulut... wah! hukhuk.
maka, marilah kita renungkan maksud bacaan dalam solat ni. semoga kita menjadi orang yang bersederhana (ikut kesederhanaan yg disarankan Rasulullah).
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ... "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami. kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
personally, aku suke sgt doa duduk antara dua sujud. cube kite gayakan doa tu yer..
duduk sorang2.. senyap2..
lapangkan dada.. jgn fikir ape2..
cuba sebut..
Ya Allah, ampunilah daku,
(ingat balik dosa kite ngn ibu, abah, adik-beradik, kt kwn2.. pd boyfren(depends..), pd cikgu.. pd Allah)
Rahmatilah daku,
(ingat balik tentang kehidupan kite pd hari tu, agk2 Allah akn suka x? dr kecik smpai besar, puas hati tak dgn jasa kita pada Nya?)
kayakan daku,
(kaya yg camne? duit? roti? aku nk kaya dgn keampunan.. kaya dgn kesedaran.. kaya dgn ketekunan dan ketabahan.. kekuatan.. ya Allah.. aku sgt miskin di bumi mu yg indah ini.. mohon pada Mu utk exit dr kemiskinan..)
angkatlah darjatku,
(darjat tu ape? pangkat. pangkat tu ape? pangkat yg cmne aku nak? foreman? supervisor? engineer? tak.. pangkat di sisi Allah.. kt manelah agknye? same mcm ayh kte? mak kte? ke lgsung xde dlm rank? naudzubillah ya rabb.. nmpk sikit pon jadilah..)
rezekikan daku,
(semuanya atas kehendak Engkau ya Rabb.. aku cuma boleh memohon, bukan order. maka perkenankanlah..)
berilah aku hidayah,
(hidayah hanya milikMu ya Allah.. jika skrg aku dapat hidayah, jgn la engkau palingkan aku dr hidayahMu lg.. andai hatiku kelam kelabu gelap gulita, kuatkanlah diriku utk bersihkan segala kepekatan noda dlm jiwa supaya hidayah boleh kekal lama dlm jiwaku..)
sihatkanlah daku
(ku sedar amat sihat tubuhku.. namun pemikiran dan jiwa ku... sering sakit hati, jiwa kacau, emotional.. ya Allah tentunya tak lari roh ku dari masalah kesihatan iman.. maka ya Allah.. sihatkanlah aku, dari roh hingga pd jasmaniku..)
dan maafkanlah akan daku.
(mtk maaf ya tuhan.. byknye dosa aku..ampun byk2....T_T)
aduh.. baru tulis dah nangis. hurm..
Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
nasib baiklah Allah masih izinkan aku berdiri utk takbiratul ihram, masih menggerakkan nadi, saraf, tulang2, tendon ligamen, mengaktifkan mitokondrion, melancarkan perjalanan darahku, semuanya tak sia-sia. aku masih diizinkan utk menghadapNya!
walaupun Allah tahu, dlm solat aku teringat pada result exam aku yg tak bagus, aku ingat kat report and buku log practical yg maasih belum settle, aku teringat pada kawan aku yg jauh di tengah samudera lepas.. tapi Allah tetap izinkan aku berdiri depanNya dgn xmalunya!
blum lagi kalau nak diingat kisah silam dosa lampau.. Astaghfirullah.. hanya Allah yg sebaik-baik pemberi kasih. langsung tak berkira. malu kan kt Allah?
kwn2, muni nak berpesan lagi kat diri sendiri. jgn lewat2kan solat. mcm arini,. muni solat hmpir setiap waktu solat pd hujung waktu. (maafkan muni wahai Allah... T_T)
kalau kwn2 ade kekasih mcm muni, jgn syg pd kekasih lebih dr syg kt Allah yer.. sbb kekasih yg kte ade skrg cuma org yg kte anggap@fikir mungkin dy. MUNGKIN dia. lagipun, ia sementara. final destination kte kat sana. so, nak sayang, sayang berpada-pada. antara main mesej dgn "jawab call My Sayang Allah", mane lebih penting kan..?
wahai insan yang terbina dari roh dan jasad, bersegeralah kpd kebaikan selagi komponen itu masih tercantum mesra. usah menyesal nanti.
yg baik dr Allah yg buruk dr diri aku senget sendiri.
2 comments:
mantap!!
anyway,,smoge kita semua dibukakan pintu hidayah..
dan sempat untuk berubah ke arah yang lebih baik..
Allah kan sayang kita...=)
And bg yg sedang berkasih sayang tu..
berpada-padalah
sbb kalau kita ikut nafsu dan dugaan syaitan
memang dia bersorak keriangan..
padahal Allah dah ckp yang syaitan tu musuh manusia..
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Surah Yasin, ayat 60)
hukhuk..pndai2lah jaga diri ye syng...
(ingatan utk diri sendiri juga)
:) thanks fafacat.. yes, sesungguhnya kasihNya mmg tak bertepian. cm curang kn berkasihan dgn org lin lebih2. hukhuk. naudzubillah..
Post a Comment