::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Monday, July 12, 2010

mimpi. sibuk. nasib

salam alaik.

mimpi. 
right before aku celik mata pagi tadi. kisahnye begini.

aku dah terpaksa bekorban pulang ke kampus bersendirian dengan menaiki bas. kembali ke kampung pada suatu musim cuti. ibu dan abah sudah beria-ia menyuruh saya pulang. "ada surprise!" ujar mereka. ok. aku mula berangan-angan nak dapat kereta idaman, Myvi LE Dazzling Red. sampai di perkarangan pejabat abah, ada beberapa kenderaan, lori ikan, lori sawit, Myvi LE Dazzling Red bernombor plat TZT5606 dan Myvi LE Dazzling Red yg tiada no plat lagi. aku tersenyum lebar dan hampir melompat keriangan. namun abah mengunjukkan kunci lori ikan pada ku. *DAMN!!* aku pejam mata kuat-kuat kerana kecewa. celik lagi, 6.35 am. wah! episod sibuk akan melanda aku pula!



sibuk.
bangun kerana kejang terkejut mencetuskan perkataan "mainan tidur rupanya" dari mulut ketat ku. segera aku lihat pada FACEBOOK kalau-kalau ada orang mengisytiharkan waktu kelas dan bilik kuliah. report praktikal perlu dihantar sebelum pukul 10 am. kelas pukul 9 am - 12 pm. kemudian mahu uruskan insert subject, pengesahan tajuk Final Undergraduate Profect, print out full report praktikal, ambil kunci bilik di pejabat kolej, memindahkan barang-barang di stor blok U5 ke bilik di blok U7. wah! 
bersambung di keratan nasib.

nasib.
naasib lah bile pegi terambil kunci bilik lain selepas susah-susah jalan kaki ke pejabat kolej.
naasib sgt bas tiba-tiba muncul kat belakang right after siap tukar kunci yang salah tu.
naasib lah bile bile susah2 cuba siapkan report kat FKM, report masih tak siap.
naasib sgt kerana aku dan cik fafa bertekad untuk hantar report esok hari. buat-buat salah tarikh hantar. 
naasib lah bile urusan nak insert subject terpaksa dibuat esok juga kerana dah tak sempat dan perlu bayar denda rm50.
naasib sgt bila dapat call dari Pos Laju Larkin mengatakan motosikal saya sudah selamat sampai.
naasib lah.. nasib lah sgt..


-----^_^------


setiap benda ada pro and con. setiap perkara ada hikmahnya. setiap sesuatu adalah suratanNya.
jadi, marilah kita memohon yang baik untuk kita, memohon suratan buruk menjadi baik, memohon dapat melihat ada perkara baik di sebalik perkara yang buruk, dan minta dijauhkan perkara yang buruk-buruk.

smile student! 
*1st day of 1st sem of Last Year.*
gambatei~~

2 comments:

sPastic MeNtal said...

wah... slmt first day la munie

MuNie said...

hahaha thanks a lot kecik! :)