::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Sunday, November 28, 2010

islam dan ISLAM

salam alaik


islam itu apa?
~ bahasa: sejahtera, selamat
~ selain tu; tunduk, taat dan patuh
~ jwpn skema buku teks; agama yg diturunkan oleh ALLAH dan disebarkan oleh pesuruhnya yg bernama Muhammad bin Abdullah

islam dan ISLAM. apakah bezanya?
~ islam - kata kerja
~ ISLAM - kata nama khas

jadi, siapakah muslim?
~ orang islam.. atau
~ orang ISLAM?

sebelum sy teruskan penjelasan, pilih jawapan anda dengan alasan anda sendiri ye. anda islam atau ISLAM?

gabungkan definisi dan pengertian, ramai orang TAHU siapa itu muslim dan apa itu ISLAM.
namun, siapa yang FAHAM siapa itu muslim dan apa itu islam.

dengan definisi islam tunduk, taat dan patuh serta islam sbg kata kerja, seorang muslim itu WAJIB FAHAM sebagai seorang muslim, dia tertakluk kepada kerja sbg seorang muslim.

Allah berfirman dalam al-Baqarah: 30, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Allah berfirman lagi dalam az-Zariyat: 56, "aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"

dua tuntutan terhadap orang islam, iaitu menjadi khalifah dan menjadi a'bid (org yang beribadah). jadi, kalau kita mampu menjaga solat sehari 5 kali, lebih kurang 5 minit utk setiap solat, jumlahnya dalam sehari, hanya 25 minit kita bersolat@beribadah kpd Allah dgn fokus yang tak menentu, layakkah kita dipanggil sebagai orang islam?

mungkin kita hanya orang ISLAM sahaja. ISLAM pada nama dan ISLAM pada kad pengenalan. renung-renungkanlah wahai orang2 yang mempunyai fikiran dan hati untuk memahami. andai tak, anda lebih teruk dari binatang ternakan.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raf: 179)

ramai orang tahu tapi ramai yang tak faham kerana orang tahu dengan menyimpan sesuatu dalam otaknya tapi faham adalah menyimpannya di dalam hati, menyelaminya sepenuh perasaan dan mempraktikkannya sepenuh hati! jadi marilah kawan-kawan, perbetulkan diri. kerana kita bukan sekadar ISLAM tetapi islam; khalifah dan a'bid.

p/s; marilah berubah rakan-rakanku. tak faham, boleh bertanya.

3 comments:

si para para said...

ramai yg islam pada nama.. tapi perlakuan sama je dengan yg bukan islam...

mintak kita di jauhkan dari sifat mcm tu...

si para para said...

ramai yg islam pada nama.. tapi perlakuan sama je dengan yg bukan islam...

mintak kita di jauhkan dari sifat mcm tu...

si para para said...

ramai yg islam pada nama.. tapi perlakuan sama je dengan yg bukan islam...

mintak kita di jauhkan dari sifat mcm tu...