::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Saturday, December 11, 2010

holiday entry

salam guys!

hee.. miss me? no no please. :P dah cukup 10 hari dari saat aku jejak kaki ke rumah setelah 2 bulan tak balik rumah. alhamdulillah. berkesempatan jugak aku nak tatap wajah ibu, abah, dan adik2 aku yang nakal dan bising nih. huhu. it's not a bad thing though. really.

seronok kan cuti. sape pn suke cuti. yang sedih sekarang, yang dah nak mulakan semester baru spt UIA student kan. hehe. semoga anda kembali menempa kejayaan seperti sem2 yg lalu lagi yer. andai tak, semester depan boleh usaha lebih baik lagi. :) kisah cuti memang seronok cuma aku kurang aman kali ini.

well yes, duk kat umah lah yang paling tenang dan aman tapi mindaku tetap haru pada si PSM yang selalu mengetuk2 mataku. huuu~ aku takut. dengan gred penilaian PSM 1, aku AMAT risau. *takpe..dunia je*

yeke?? ilmu kat dunia kan alat untuk mengejar matlamat hidup kita. mcm pertandingan rekaan fesyen. kita perlu ada skill, kemahiran dan yang penting, ilmu menjahit dan kreativiti. kalau tak, mane nak jadi baju even sehelai kan? kemudian, nak buat sesuatu rekaan yang baik, perlu ada alatan yang berkualiti. benang, material@kain, tema fesyen seperti casual, formal, costume or athletic, konsep pakaian seperti pakaian untuk majlis perkahwinan, pakaian sukan, pakaian carrier, pakaian musim sejuk dan sbgnye. kita juga perlu mesin jahit, gunting, pita ukur dan jarum. bila kita ada kesemua alat dan ilmu, matlamat kita untuk mencipta suatu rekaan yang akan dihakimi oleh hakim nanti bolehlah dimulakan. macam tu jugalah kita.

tak percaya? matlamat hidup kita untuk kembali kepada tuhan dengan sepenuh noble, honour and respect (nak cter bhs melayu dy apa eyh?). kita nak jumpa Allah di akhirat nanti dengan amal yang terbaik dan penuh blessing. kita mahu syafaat. jadi, di dunia ni kenalah ada ilmu yang boleh dipakai kelak. kan kan? ;)

emm ada tak uni yang sediakan kos yang jahat ek? *sorry. tetibe terfikir* ilmu tu dtg dari Allah. menjadi fardhu pada kita utk belajar ilmu fardhu ain. fardhu=wajib. ilmu sains, jatuh hukum fardhu kifayah. bak kata seorang akhi, "ummah memerlukan jurutera sepertimu". wow! very fantastic word just blasting a doubtful heart! aku cumalah bakal jurutera Marin (insyaAllah). bersediakah aku untuk berkhidmat kepada ummah?

yes.. cuti menyebabkan hatiku sedikit terganggu. lantaran peberetku adalah menonton TV dan bermain game bersama adik2ku, ibu kata, takde sebarang usaha yang aku lakukan untuk ibu kenang-kenangkan kelak. emmm.. terassa.. yes.. apa nak aku buat? tak mungkin nak menjahit cadar untuk ibu dan abah. tak mungkin nak susun atur semula perabot rumah andai takde bantuan dari dewasa yang lain. tak mungkin aku nak masak peach cobbler yang bunyi sangat sedap tapi aku tak penah makan tuh. yess! aku sedar. aku tak tahu buat apa2! huuu~~ :(

tQ encik google. :)


jadi hari ni, aku terfikir nak bersihkan kandang arnab tu. arnab tu dah buat lebih dari 10kg poops kat dlm bilik dia. belum kat bawah kandang tu lagi. sungguh aku tak mampu. err.. takde benda lain ke aku nak buat. akhirnya aku decide untuk tolong ibu buat nasik lemak untuk sarapan pagi ahad iaitu esok dengan harapan kami semua bangun pagi dan bersarapan dengan abah. jadi, sekarang sedang tunggu tumisan sambal nasik lemak masak benar sebelum tidur. my ability then, is just to help!

p/s; setakat tu yang termampu. harapnya ibu berpuas hati dengan kemunculan aku di rumah menghabiskan cuti.

3 comments:

mama HidayahAmin said...

Assalammualaikum Munie,
semoga dapat menikmati cuti. baguslah tu... rajin2 lah tolong mak kat dapur tu... kasihan mak munie kan? munie mintaklah mak turunkan ilmu memasak tu pula kat munie... tentu mak munie handal memasak kan? bila lagi nak dapat ilmu dari mak... inilah masanya... hehehe...

Melatidaisy said...

salam

hi lalink..

di saat kamu perah otak memikir cara camana nk berbakti pd ibu dlm cuti ni, aku duk kira jam nak balik uia.. tinggal bape jam je lg munie..huhu..aku berat ati sgt2 nk balik uia kali ni..ummi tak sihat, batuknya teruk sgt2 lagi even ubat x penah miss..abis sakit2 urat badan dia sbb batuk kuat. malam td g icu sbb ummi x leh nk bernafas, lepas sedut gas utk beberapa jam then doktor bg balik.aku risau sgt2..ummi x penah sakit teruk mcm ni..taktau la camane nk balik esok, kalau boleh nak je aku delay balik uia, tunggu dia sihat sepenuhnya :(

huhu.. touching plak aku kt blog ko ni.. slamat bercuti utk kamu..manfaatkan betol2 cuti yg ada.. jgn salah faham dgn maksud ibumu tu, bkn maksud dia nk kamu lakukan some grand thing utk die kenang, tp die cuma nk kita sentiasa terjemahkan erti kewujudan kita di rumah, kalau boleh dgn adanya kita dirumah semua keje2 rumah kita take over, biar die rest serehat-rehatnya.. bile kite balik blja nanti benda tu la yg die akan kenang2..saat die kepenatan wt keje mesti die cakap, "em..best nye kalau anak aku cuti lg lama, bleh aku rehat lama2" .. see,die akan ingt dan terkenangkan kita.. believe me ^_^

yok jadi anak solehah !!

doakan aku dah nk start sem ni..hope evrthing will b ok n hope my ummi cepat sembuh. inshaAllah see u on 18dis k?

miss u *_*

MuNie said...

@mama

salam akak.. sebenarnya ibu pun tengah belajar2 masak. sebab tu beliau suka heret sy sama ke dapur sbb nk suruh sy jadi tukang rasa. hehe

@bilah

salam shbtku yg paling comel. hehe.. memang. ibu memang mcm tu. nak apa2, mst nama aku yang dsebut dulu. huhu. kadang2 terasa tapi takpelah. harap2 ibu sygkan aku lebih sikit dari yg lain. hehe.

*nak sambung story ko ni, nak kena call. xley borak kt blog je. huhu*