::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, February 25, 2011

review : 3 Idiots

salam..

ehh perasan tak, ramai sangat blogger yang suka tulis merapu kat blog mereka. contohnya, review (macam aku), kehidupan peribadi mereka yang patutnya tak perlu dikongsikan (macam aku dulu-dulu), membuat entry lucah (konon-konon nak datangkan rasa kesal padahal lebih kepada penyebaran aib orang lain), review blog blogger-blogger otai dan paling banyak ku jumpa, dia buat blog khas untuk masuk Give Away or Contest. adeshh.. pelik-pelik kan? moga entri-entri dalam blog aku ni ade manfaat kat ampa suma naa..

tapi aku nak buat review or komen ajalah sebenarnya tentang sebuah kisah yang baru je aku tonton, dengan niat hati terusik dengan pengajaran-pengajaran yang diselitkan. movie Bollywood bertajuk 3 Idiots. ala.. ramai dah tengok kan? walaupun filem ni dah lama, aku tak kesah! janji, cerita dia best! siapa belum tengok, silalah tengok yer. walaupun 3 jam tayangan, puas hati kot i guarantee you! click sini untuk link donwload tapi aku xsure la berjaya tak ampa nak download dan tonton. aku cuma bagi link ja.. ;)


macam besa, google mari! ;)


synopsisnya, mengenai 3 sahabat yang baik dan nakal. apa yang lebih menarik, filem itu menunjukkan bahawa orang India ni cerdik walaupun bising mulutnya. hahaha.. no offend yer kawan-kawan bangsa india. mungkin kerana mereka cerdiklah mereka aktif dan bising. sentiasa bersemangat dan suka belajar walaupun nakal dan tak disenangi orang lain. 3 sahabat baik yang mengharungi kisah hidup kampus yang mencabar dan amat menyeronokkan tapi apa erti hidup tanpa ujian. :) silalah beli CD Ori untuk tontonan yang memuaskan. hehe

dari filem tersebut, apa yang amat menyentuh hatiku, bikin tangis dan tawa
~ don't run for success but run for excellence, then success will run to you
~ don't be afraid of your future
~ kisah persahabatan yang amat dahsyat
~ kisah intelligence
~ kisah kenakalan yang berguna

agaknya andai seorang yang berotak engineer memang suka letak dalam point form. nasib baik font komputer. if hand written, tak tahulah kan. if tak juling, mahu terjuih jugak bibir seksi anda tuh mengutuk saya. hahaha aku peduli hapa. but on top of that, silalah tonton yer. tak kisah la ampa ni engineer ka, doctor ka, ustazah ka, politician ka, orang takda kerja ka.. tonton dan selami kisahnya. ;)

p.s. awat la aku malas gila nak study dah final sem ni ek? aku double idiot agaknya kan.. huuu..!

Friday, November 19, 2010

3 filem yang baru-baru ni buat aku menangis




tak pernah kan post benda2 mcm ni. sekadar mahu bersantai. :) ranking filem berdasarkan kekerapan aku menangis. hehehe

1) P.S. I Love You

filem ni mengisahkan tentang perempuan yang kehilangan suaminya yang sangat romantik walaupun mereka tidak sesenang orang lain. kehilangannya menyebabkan dia putus asa dari hidup dan tanpa sedar, suaminya masih ingin berhubungan dengannya dengan 10 keping surat. :) 


menyentuh perasaan sgt2. xsgka ada lelaki sebaik suami dia. ehehe.. (nak ada jugak sorg!)





2. Charlie St Cloud
filem ni mengisahkan ikatan adik beradik antara abang dan adik. kerana kemalangan kereta bersama-sama, adiknya terkorban. kesedihan dan penyesalan abangnya yang teramat tidak lama kerana adiknya kembali menemuinya setelah kematiannya. kemudian ada konflik dan teett! tgk sndri ah. hehe


masa tgk cter yg ala2 fantasi ni, seram juge aku. semacam je rasa. hayok!




3. Heavenly Forest
yang ni lak cter dari Jepun. everything is cute. :) dah akhir2 baru sedih. kisah tentang siswi yang berkelakuan kanak-kanak berkawan dgn lelaki hensem yg berpenyakit. 


cter ni biasa je. cume sbb ia menyebabkan aku nangis, aku letak jugaklah. hehe. best la. rating 3.5/5 kot. :)





haaa.. ni keje ko eh munirah. tak balik umah, bukan buat ulangkaji exam, tengok movie je eh. amboi2. ni belum campur ngan tengok kat wayang. haaa... 

p/s; eleh.. exam je kot. hahah~ bosan taw duk sorang2. :P

Thursday, April 8, 2010

filem malaysia dan mahasiswa - kaitannya. bajet ilmiah? blah la der

lah? waklu!

haih.. filem malaysia.
hantu, rempit, cinton2. aduhailah! dh xde idea lain ke ha?? mst nk org kaye2.. mst nk org miskin sgt2.. kalo jnis bertudung2 tu, ayat lak cm mustahil je. ade ke org nk ckp dgn cara cmni "nenek dengan ini mengistiharkan, Linda tak boleh kahwin dgn Azam!" (lakonan dgn nama samaran). tgk! kawin lg.. hailah!

xpon, "lu kalau xletak mulut kat longkang xbole ke? syial la!" adeh.. filem sape?? MELAYU!! peh.. hebat org melayu.. satu lg, "penunggu kampung ni marah. amek la tangkal ni.." aduh! mane iman dyorg ha??

adeh.. pening2. jd, jgn la nk salahkan dak2 u yg ade fkir, baik tgk cter orang katun, dah tentu nipu. xpon, alang2 nk tgk org sexy, cter melayu, ape ade. baik tgk cter omputeh. konfem2 sexy. lahanat mnde laa.. haih.. pening2.

dak2 U. peranannya? layaan! trikut2 ngn gaya2 gtu. dlm cls ak pon suke sgt nk ckp cmtu kan.. ak lak xtgk cter2 nih. takat nk wat guro2 ade la jgk nk ckp, "tlg la der" and so on. bile dh tgk, ler..kt cni dyorg ngecap ayat. cett! eh mlm jumaat la.. konfem ade cite antu mlm ni.. dak2 U? ok laa.. g stdy kn.. dptkn barkah lebih sket.. :)

eh wak lu muni! ko tulih ape?? ish pelik ah

Saturday, April 3, 2010

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami

yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,
"Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda
sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada
isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.



Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang
kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri
mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.



Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri
berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka".



Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam
rumah. Baginda acap kali memotong
kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari
isteri baginda pergi musafir (mengikut
undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.



Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan
berumahtangga. . Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.



Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh
menjamin anda ke syurga.



"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai
tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan
purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin



Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan
menggandakan 10 kali kepadanya