::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Saturday, February 26, 2011

ringkas aja

salam alaik

sebelum muni lelapkan mata, muni nak sampaikan mengingatkan kembali diri kepada sesuatu. lagipun, muni dah amek masa sikit untuk update blog pink jadi brown. saja nak tukar cita rasa.

niat
tadi muni belajar tentang niat. dari hadith pertama dalam Hadith 40 meriwayatkan tentang niat. muni duk menghafal hadith tu tapi kak usrah tak tasmi' (perdengar) pulak. tak kisah pun sebab yang penting, maksudnya. dari hadith nabi ni, apa yang penting adalah niat. kalau niat biasa saja, tak teguh, tak benar dan tak jelas, perbuatan yang diniatkan selalu tak menjadi.

cemburu
niat juga ada kaitan dengan cemburu atau hasad. kenapa mahu cemburu terhadap kecantikan, kesenangan dan keuntungan orang lain sedangkan Allah tak pernah sesekali melihat pada luaran. Allah hanya pandang pada hati yang bertaqwa. kadang-kadang dengan adik beradik sendiri pun pernah cemburu tapi apa ada pada kecantikan atau kemudahan yang sementara padahal akhirat sana adalah lebih abadi. biarlah kita tak cantik macam ibu atau kakak kita, asalkan hati, iman dan akhlak kita lebih cantik dari mereka. haip! ni contoh ja mat.. hee..


ilmu
satu perkara yang paling muni gerunkan adalah ilmu. kata Kak Lah dan Tasya, ilmu itu ibarat air dalam parit, andai ia tidak mengalir (disampaikan pada orang lain), air itu akan menjadi hanyir dan busuk. lagi, ilmu itu adalah amanah, andai tidak disampaikan pada orang yang berhak tahu, pahala kebaikan dari ilmu itu akan dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu hinggakan orang yang berilmu menjadi muflis di akhirat sana. yang terakhir berkaitan ilmu, menjadi tanggungjawab bagi orang berilmu untuk menyampaikan ilmu dan menjadi tanggungjawabnya juga untuk mengamalkan ilmu yang telah disampaikannya tadi.

jadi.. bak kata Rasulullah, "sampaikanlah dariku walau satu ayat"..:)


 selamat malam kepada semua dan pada blogger yang sleep-walking ber blog-walking malam-malam ni..hehe.. semoga ruh kalian tenang direhatkanNya.. moga kita bertemu lagi esok pagi.

p.s. muni ada class ganti esok pagi. =_=" insyaAllah ilmu lagi..

4 comments:

shameel Iskandar said...

Salam alaik Munie.

Hadis tentang keutamaan niat (Innamal a'malu binniyat....) dimuatkan oleh kebanyakkan ulama sebagai muqaddimah atau pendahuluan dalam kitabn-kitabnya. Imam Bukhari dalam sahihnya turut meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama selaps itu barulah bab(kitab) permulaan wahyu, iman , ilmu dan seterusnya.

menurut maulana asri yussof, antara sebabnya ialah imam bukhari ingin mengingatkan diri sendiri agar sentiasa ikhlas untuk mendidik dan menulis kitabnya itu.

benar sekali, ilmu mesti dimanfaatkan dgn disebarluaskan. apatah lagi hari ini terlalu banyak medium untuk mengajar dan belajar, termasuk menerusi laman sosial .

MuNie said...

terima kasih atas komen shameel.. benar. hadith ni pun sgt sahih. sbb tu jadi hadith no 1 dlm mane2 kitab pun. :)

marilah same2 menimba ilmu dan menyebarkannya pada orang lain. =)

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum..

Bermanfaat sekali dik, alhamdulillah..tq =)

~ blog munie dh bertukar, cantek! :-)

MuNie said...

k.aisyah@hambaAllah..

hee.. blog k.aisya sgt cute taw.. muni pun nak cantik2 jgk. :)