Tertarik dengan entry APG. Wah, pantang benar saya dicabar. :)
click gambar utk ke APG =) |
Alhamdulillah, awal-awal lagi, IKRAM Johor dah sediakan borang mutabaah amal dan kalendar waktu solat (berbuka dan sahur) sebelum ramadhan lagi. InsyaAllah, cabaran ini lebih berstrategi dan berkesan.
Jadual waktu Solat dan berpuasa di Johor |
Checklist Amal di bulan Ramadhan |
Sepanjang umur penghuni syurga ini, tak pernah saya terfikir mahu beramal
sesistematik ini. Saya berterima kasih kepada madrasah tarbiyah yang
memprogramkan silibus ke madrasah Ramadhan. Juga terma fastabiqul khairat yang
saya tak pernah tahu apa maksudnya, di bulan ramadhan ini, saya jumpa maksudnya
dengan mata kepala hati saya sendiri. Alhamdulillah. Bukankah ini hadiah Tuhan
kepada si leka (saya)?
Dia sentiasa ingat pada kita, sedang kita selalu melupakanNya. Dia sentiasa dekat pada kita, sedangkan kita yang selalu menjauhkan diri dariNya.
via M.A.K.Z.A ~ "orang yang jiwanya bersih dengan taqwa, fikirannya jernih dengan iman, akhlaknya biasa dengan kebaikan, nescaya dia akan mendapat CINTA ALLAH dan cinta manusia yang hatinya mencintai Allah" (",)
p.s. Allah.. Sempatkanlah aku..
No comments:
Post a Comment