::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Sunday, January 16, 2011

pendapat seorang non-perawi tentang azan

salam alaik...


dek kerana isu yang digembar-gembur dari 2 blog yang kaw; tinta hijau dan juga oh tidak!, tertarik pula diriku untuk mencari dan mempelajari apa itu azan supaya mampu keluarkan pendapat. aku tak tahu nak sokong dan diam atau ikut sama menentang.

kecoh2 je.. memanglahkan berdasarkan ini....

"3. Melaungkan dengan suara yang nyaring. Azan dan iqamah untuk mendirikan sembahyang jemaah hendaklah dilaungkan dengan suara yang nyaring, sekurang-kurangnya didengar dengan jelas oleh seorang daripada jemaah tersebut. Ini kerana sembahyang jemaah itu sah dilakukan dengan dua orang sahaja.
Adalah tidak sah jika azan dan iqamah itu dilaungkan dengan suara perlahan sehingga tidak didengar oleh seseorang pun daripada jemaah. Ini kerana telah hilang dasarnya sebagai al-i‘lam. Berlainan halnya dengan tarji‘, hendaklah diucapkan dengan suara perlahan.
Manakala azan dan iqamah bagi orang yang bersembahyang sendirian hendaklah melaungkannya dengan suara perlahan, sekira-kira didengar olehnya sahaja. Ini kerana tujuan azan dan iqamah itu baginya adalah sebagai zikir sahaja bukannya untuk al-i‘lam. (Al-Majmu‘: 3/120 dan Sabil al-Muhtadin: 1/171-172)"
dipetik dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic19_2002.htm

dan adakah anda tahu bahawa...

setiap saat, azan berkumandang di seluruh dunia? bacalah.. :)

dan dari Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.
(Riwayat at-Tarmizi).
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
(Riwayat al-Baihaqi).


specialnya azan kan? :)


dalam satu riwayat dan subjek akhlak (adab) masa kat sekolah rendah agama dulu, Rasulullah amat mementingkan bahawa Muslim sepatutnya (hampir wajib nampaknye) untuk memuliakan jiran. nak tgk slide show? best jgk.. :)

ada dalil Quran dan banyak hadith berkaitan kejiranan. saya buat entry ni untuk melepaskan fikiran saya yang serabut kerana tak dapat fikirkan nak sokong pihak yang mana. Berjiran dengan kaum kafir sebolehnya dielakkan tapi sebenarnya tak kisah pun. Setiap perkara pasti ada baik buruknya. Yang baiknya, andai kita bukan ekstrimis Islam yang berlebihan (mendorong kpd berlaku negatif), jiran kuffar mungkin boleh menyayangi dan menghargai kita sebagai jirannya yang terbaik.

Ada satu kisah di Britain, ada seorang lelaki muda Iraq yang berjiran dengan seorang warga emas penduduk tempatan. Dia tak pandai bercakap tetapi suka membantu orang terutamanya jirannya yang tua itu. hampir setiap hari dia membantu makcik tu buat tugasan harian seperti tolong angkat sampah, siram bunga dan sebagainya. Makcik tu mengaku yang lelaki itulah jirannya yang terbaik yang pernah dia ada hingga dia mewasiatkan hartanya pada lelaki tu, kebetulan dia takde sedara or anak. (lebih kurang macam tu la kisahnya)

Maka, jadilah jiran Muslim yang bersederhana, menghormati jiran, menunjukkan perilaku terbaik seperti yang diajarkan Islam dan paling penting, beriman dengan sebenar-benarnya.

dalam isu azan yang kecoh dihebahkan, kecoh dengan tunjuk perasaan dan sampai dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, saya rasa kedua-duanya bersalah.

salah pada lelaki yang mengadu ke higher level tu adalah kerana dia memperbesarkan perkara yang kecil. lebih elok andai dia berjumpa dengan ketua masjid (diharapkan ketua masjid bukan seorang racist) dan berbincang tentang hal itu. mungkin ada permasalah seperti PA system masjid yang over-react dek kerana cicak gigit wire ke or memang sengaja dikuatkan untuk tarik ramai Muslim bangun dan solat di masjid.

salah juga pada orang yang terus terang membantah aduan lelaki itu. lelaki itu cuma minta keadilan. dia orang bukan Islam. naturenya mereka adalah tak bangun pagi untuk solat subuh. (hai orang Melayu Islam, kau dengar tak azan subuh yang orang kafir boleh dengar tu?) Aazan adalah amalan sunat yang dituntut. menjaga adab dengan jiran juga dituntut. mereka OK dengan azan tapi tak tahan dengan azan yg semakin dinyaringkan. bersederhana itu kan lebih baik. bukannya nak forbid terus.

maka dapat disimpulkan, baik beralah masing-masing dan saling bersefahaman. kitakan masyarkat berbilang kaum. macam kat Madinah tu.. :) elok je takde gaduh2. Takmo gaduh-gaduh ye encik-encik sekalian.. Uols kan orang pandai2.. :)

p/s: yess! saya dah ada pendapat sendiri. ahhh lega~ akulah non-perawi itu.

11 comments:

Fafa Meow said...

sederhana memang cara Islam
anyway..Azan pagi td xdela kuat sngt cm yg semalam..da btulkan wire kot =)

si para para said...

emm mgkin kita salah faham kot..atau saya yg x faham.hehe setahu saya la...yg kecoh tu mgkin bukan sebab azan. tapi sebelum azan tu.org ngaji..baca apa ntah lagi. kalau kat sini panggil terohim. (maaf kalau salah) yg tu diorang marah. sebab azan kejap je. yg sebelum azan tu yg lama.

ok. sebenarnya azan tu mmg kena kuat.
yg tak sepatut kuat, bacaan sebelum azan tu.. nabi kita sendiri larang orang dalam masjid ngaji kuat2 sebab menggangu orang lain nk smyg. mcm tu jgk la dgn kes skrng. menggagu orang nk rehat. gangu budak kecik nk rehat/tido. islam tak macam tu.

islam ini sempuran.dari benda kecik hingga lah perkara besar, satu pun tak tinggal.

err kalau ada salah tolong tunjuk ye..

MuNie said...

para-para; ohhh begitukah kisahnye? hee~ sy xnk baca detail2 sgt sbb berbau sgt politik. mcm2 bau. nnt loya. btw, thanks mengomen pnjg lebar. =) ade benarnya kata2 awk tu. :)


fafa; eehhh ye ek? patut la i xdgr. hehe

sang_Labu said...

ni kes sal kt lembah pantai tuh?haha.melayu takot dgn apek MCA

hamba ALLAH said...

Salam'alaik..

Subhanallah! entry yang best sgt, akak baca dengan khusyuk gitu, teruskan menulis dinda mahbubah!
barakallahu fik..

p/s: byk benarnya apa yg 'si para-para' katakan tu, yg perlu dikuatkan dengan jelas adalah azan, bacaan2 cukuplah dengan volume yg sederhana..wallahu'alam
mintak tunjuk ajar jugak dari mereka yg lebih berilmu dlm hal ni~
syukran dik..

shameel Iskandar said...

Salam 'alaik.

islam adalah agama yg memberi rahmat ke atas sekalian alam. Sebab itulh islam(kecuali dlm soal azan) tidak mengalakkan malah ada ulama membid'ahkan amalan di sesetngah masjid yg menyiarkan bacaan al-quran dan zikir kuat-kuat(terutamanya menggunakan pembesat suara). itu bukan kaedah yg dianjurkan oleh islam malah itu menganggu org yang tinggal berdekatan masjid yg ingin berehat termasuklah mengangg uanak-anak kecil yg sedang tidur. lagi malang ia menimbulkan salah faham terhadap bukan islam terhadap islam.

Tentang tatacara hidup berjiran, mmg islam titik beratkan. malah, Nabi s.a.w berpesan jika membuat bubur, lebihkan kah untuk diberi kepada jiran. Semua jiran trmasuk jiran2 bukan islam hendaklah dikasihi. sebab tu dalam maslah korban, disyorkan juga menjemput jiran non-muslim untuk sama-sama menikmati. cuma, ada disyorkan agr dibeli dagunbg lain selain daging korban utk jiran non-muslim. Tapi, hakkat sebebanr boleh jer bagi dia mkn daging korban sbb takde satu dalilpun yg mengharamkan mmeberi daging korban kpd non- muslim.

MuNie said...

subhanallah..allhuakbar! honestly, sy segan membaca komen dr antum. trm ksh for commenting and the compliments. :) all of u are really brilliant!

here's the thing, kite nak hasilkan ustaziyatul alam, perlu start dgn benda yg kecil2 mcm ni - adab berjiran, duk dlm tangga ke 3, seriously should be well kept! insyaAllah.. same2 la kte berkasih-sayang sesama jiran. =)

FARISZ@AZ.Com said...

Berkaitan kes azan.
Sebenarnya ada berbagai cerita yang tak pasti kesahihannya.
Ada yang cakap bukan azan tetapi bacaan al-quran sebelum azan dan ada pula cakap ia bukan azan atau bacaan al-quran sebelum azan tetapi kuliah subuh selepas azan.

Sebenarnya tidak salah menguatkan azan atau menyaringkan azan sebab tujuan azan adalah untuk memastikan umat Islam menunaikan solat fardhu.Malah di dalam azan subuh juga ada menyatakan "Solat itu lebih baik dari tidur".

Yang menjadi masalah bukanlah azan,bacaan al-quran atau kuliah subuh.tetapi yang bermasalah ada sebilangan umat Islam itu sendiri.
Seandai kritikan terhadap azan itu dikatakan menghina dan tidak menghormati Islam.maka bagaimana pula umat Islam yang sedap nyenyak tidur ketika azan?Malah bagaimana pula seseorang yang mengaku Islam tetapi tidak menunaikan solat?

Jika non muslim itu dikira menghina Islam maka umat Islam yang tidak mempedulikan azan dengan tidak menunaikan solat di masjid atau tidak menunaikan solat juga dikira menghina Islam.

Sebenarnya kita tidak perlu melenting di dalam bab ini kerana masalahnya berpunca dari sebilangan umat Islam itu sendiri.
Yang perlu dilakukan oleh umat Islam adalah ketika azan sila pergi ke masjid dan menunaikan solat fardhu dan ketika kuliah subuh sila datang untuk menambah Islam.

Mengapa di Madinah orang non muslim mampu menghormati Islam?(Malah azan di Madinah lebih kuat dari Masjid di Malaysia)
Kerana umat Islam disitu sendiri menghormati Islam dan beramal dengan cara Islam.

Mengapa di Malaysia ramai non muslim tidak menghormati Islam?
Kerana ramai umat Islam yang sendiri menghina Islam dan tidak beramal cara Islam.

Seandai kita mahukan non muslim menghormati Islam maka selaku umat Islam maka kita sendiri perlu menghormati Islam.

Jangan kita persoalkan non muslim tidak menghormati Islam tetapi kita persoalkan dulu diri kita dan masyarakat Islam sama ada menghormati Islam atau tidak.

Punca orang non muslim tidak menghormati Islam adalah sebab ramainya umat Islam itu sendiri tidak menghormati dan menghina Islam.

lihat di Berita Harian Online harini,nyata2 menghina Islam.

wallahua'lam.

FARISZ@AZ.Com said...

ralat-

maaf kuliah subuh selepas solat subuh dan bukannya kuliah subuh selepas azan subuh.

MuNie said...

trm kasih fariz ats komen yg pnjg lebar tu. truly, org Islam sdri yg menghina Islam sdri. astaghfirullah...

qhais said...

teringat zaman practical ats kapal...slalu azan bila msuk waktu.....