::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Friday, December 31, 2010

entry di hari terakhir 2010

salam alaik.

pelbagai perkara dah berlaku sepanjang 2010. susah senang diharungi dengan tangis dan tawa. alhamdulillah. masih survive. :) hari jumaat. penghulu segala hari. dan hari terakhir bagi tahun ni. so, mana yg lagi special? jumaat ke 31/12? jawab ler sdri yer. hee~

mari ikuti rentetan peritiwa dahsyat yg berlaku pd sy sepanjang tahun ni.

***life***faith***career***

life sepanjang 2010 lebih baik dari 2009 generally. apa yang teruk adalah my love story. sudahnya, saya dah give up dengan cinta manusia. even dia adalah seorang yang saya pernah cintakan dahulu, alhamdulillah. saya boleh menanganinya sebagai hanya rakan. tapi tak selalunya berjaya. ia amat payah! lebih-lebih lagi telah dilamar oleh seseorang yang tidak saya kenali dengan rapat. hanya Allah yang tahu kenapa saya terima dia walau saya sendiri taknak. yes. love life saya agak sedih dan susah. jadi, lebih baik tak dilayankan sangat. semuanya bukan dalam bidang kuasa saya. biarlah Allah yang tentukan. life with family and friends, dengan friends nampaknya lebih baik. sangat baik. :) mula menambah rakan wanita dari kelas, team pelaksana pesta  konvokesyen 45 dan usrah. hee baru sekali join usrah kat UTM. dan...diminta menjadi imamah. +.+

faith atau iman. pakaian? akhlak? pemikiran? gaya? personaliti? masih usaha untuk lebih baik. masih seorang perempuan melayu jawa. belum layak dipanggil muslimah. perempuan islam yang faham agamanya.. bukan sahaja kena pakai baju tutup aurat dan boleh solat tetapi faham tentang sejarah diri, peranan dan paling penting menjadi individu muslim. muslimah pun belum berjaya, apalagi mukminah. hmm apa gelaran bawah muslimah? saya agak, mungkin zalimah. zalim terhadap diri sendiri jelasnya.

career saya sekarang adalah seorang pelajar atau mahasiswi. sebagai siswi dari Universiti Tendang Menendang, bukan mudah nak dapat result yang bagus lebih-lebih lagi bila anda seorang peMalas, tiada kawan (pengaruh baik) dan mengalami 'kesihatan dalaman' yang kurang memuaskan. oleh kerana itulah faktor kegagalan saya dahulu kala, 2010 telah dijadikan testing period. dengan mengubah segalanya, saya berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang agak cemerlang untuk rekod diri sendiri. terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sudi berkawan dgn saya dan mengajak untuk study group. terima kasih Allah kerana berikan sy kekuatan untuk berusaha walau menyakit M saya sangat kritikal. terima kasih pada Allah kerana memberikan saya ujian yg berat dalam love story, akhirnya saya menemui cinta Allah. dengan cinta Allah, saya berjaya mengurangi penyakit dalam hati.

***peristiwa***

10.10.10 - kemalangan 2 buah bas dan kenderan lain di PLUS area Pagoh.
10.10.10 - NautikaMaharani launcing date
02.11.10 - di saman polis on my birthday. tak bayar lagi sampai sekarang.
08.05.10 - kemalangan. mengalami kecederaan di hidung (patah) dan sekitar badan.
26.05.10 - di lamar oleh seseorang yang tidak dikenali dan menerimanya. T.T
18.12.10 - mabuk; first time drive dari Perak ke Negeri Sembilan
30.12.10 - Malaysia memenangi piala Suzuki & AFF (^_^)

=*=*=*=*AZAM=*=*=*=*=

azam bahador. hikhik. tahun ni, azamnya sgt besar dan berat iaitu
1) kurang online Sorority Life
2) tempoh online cuma 3 jam sehari
3) laksanakan Personal Task yang tercatat dlm diary :)
4) strive for Mardhatillah and Falah.
5) upgrade status of daughter, eldest, student and slave of Allah.

sy ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 (dah dekat ngn 2012 :p), selamat melaksanakan azam masing-masing, dan selamat bertugas sebagai hamba Illahi dan sebagai khalifah bumi, compete with kafirin, we are never a fakirin.

Wednesday, December 29, 2010

A Girl's Heart Desire

Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world, 
that I too, 
am beautiful in the people's definition.

But,
Deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery. 
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.

Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans, 
Show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
Make a statement, 
That I too,
have a figure and worth looking at.

But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
For I love my future husband, 
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.

Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
Put myself on display,
For everyone to see,
To be desired, and admired upon.

But,
I know that eyes are not just eyes, 
Seeing is not just seeing,
Image and respect are gained, 
Shame and humility deserve a better place,

Because in the end, 
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,

I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish *MUNIRAH*,

Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?

Love is all it takes. 
Love. 

Inshaallah 


p.s. Thanks to Nadiah. :) 


Monday, December 27, 2010

hari kiamat dan aku

salam alaik.

siang tadi, terpana membaca fakta-fakta sam'iat dari emel cikgu Add Math ku dulu. hanya Allah yang tahu tentang nombor dan setiap perincian, namun mendengarkan ceritanya sahaja, cukup gentar, bergetar lagi berdetak jantungku. setelah 8 hari berjauhan dari menghadap Tuan yang Satu, sudah lama juga tidak membaca qalamNya, terasa seperti hati kembali bersalut dengan najis syaitan dan 'chemical' nafsu. wahai Allah, baru je Kau kurniakan aku sedikit kejayaan, mudahnya aku lupa.. maafkan aku ya Rabb...

Gambaran Hari Qiamat 

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 


ⅰ - Pemimpin yang adil. 


ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 


ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 


ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 


ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 


ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 


ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 


ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 


ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 


ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 


① Sedekah/amal jariahnya. 


② Doa anak²nya yang soleh. 


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 


sumber: Amar Sufi



p/s; andai antum baca sampai habis, syukran katsiran dan barakallah (thanks and congrats) saya ucapkan. agak2nyelah kan, kita nanti akan berjalan atau mengheret muka semasa berpusu ke Masyhar? agak-agak, Rasullallah kenal tak kita ni? agak-agak,  lebar mana titi Sirat tu yer? dan, di mana kita masa tu? kalau sekarang ni masih lepak-lepak2, ada chance ka nak jumpa mak ayah kita kat syurga? atau yg lebih teruk, kita biar keluarga kita sama-sama masuk neraka sama kita? Naudzubillah..


nasihat dari Munie yg senget kepada diri sendiri, metaforanya, ibu umpama penjaga syurga dimana syurga itu di bawah kakinya. bila aku buat kuajaq kat penjaga syurga, penjaga syurga nak kasi ka aku masuk?pegidaa! jgn harap! ibu tak mahu tengok aku melutut sujud menangis di kakinya sebab nanti dikatanya aku dah buang tebiat, dan bukan semua ibu mcm Khadijah (sbb kita pun xmcm Fatimah), jadi cukuplah aku ringankan dia. sian ibu.. aku tak tau buat kerja rumah sebenarnya. banyak sangat kekurangan diriku nak banding ngan anak dara orang lain. malangnya ibu dapat anak senget mcm aku. huhu. maaf yo bu...


*rasa nak nangis dah, baik tido. sok mata bengkak, ibu jeling lak*

Sunday, December 12, 2010

tak pasti tapi aku bersyukur

salam.

ini tentang result. baru tersenarai di senarai tampal. err.. tak pasti tentang result sebenar tapi ku akui, ku insafi, ku yakini dan ku benar-benar naik saksi yang tiada Tuhan selain Allah! kalau bukan keranaNya tak mungkin aku boleh terharu begini.

tak boleh anggap aku dapat 1st class semester ni lantaran aku pun seorang yang kurang tekun dalam perkara yang kurang ku minati (belajar) tapi alhamdulillah.. berkat aku merinduiNya.. wahai Allah.. kekasihku.. ampunkan aku.. selama ni aku curang padaMu.. :( tapi Kau balasi aku dengan gred A. Kau telah 'reply' mesejku dengan kata-kata cintaMu dan 'hadiah-hadiah' cinta dariMu.. sungguh! hanya Kau.. Kekasih agung!

***tak tau nak cakap ape. beyond words***

THANK YOU ALLAH

Saturday, December 11, 2010

holiday entry

salam guys!

hee.. miss me? no no please. :P dah cukup 10 hari dari saat aku jejak kaki ke rumah setelah 2 bulan tak balik rumah. alhamdulillah. berkesempatan jugak aku nak tatap wajah ibu, abah, dan adik2 aku yang nakal dan bising nih. huhu. it's not a bad thing though. really.

seronok kan cuti. sape pn suke cuti. yang sedih sekarang, yang dah nak mulakan semester baru spt UIA student kan. hehe. semoga anda kembali menempa kejayaan seperti sem2 yg lalu lagi yer. andai tak, semester depan boleh usaha lebih baik lagi. :) kisah cuti memang seronok cuma aku kurang aman kali ini.

well yes, duk kat umah lah yang paling tenang dan aman tapi mindaku tetap haru pada si PSM yang selalu mengetuk2 mataku. huuu~ aku takut. dengan gred penilaian PSM 1, aku AMAT risau. *takpe..dunia je*

yeke?? ilmu kat dunia kan alat untuk mengejar matlamat hidup kita. mcm pertandingan rekaan fesyen. kita perlu ada skill, kemahiran dan yang penting, ilmu menjahit dan kreativiti. kalau tak, mane nak jadi baju even sehelai kan? kemudian, nak buat sesuatu rekaan yang baik, perlu ada alatan yang berkualiti. benang, material@kain, tema fesyen seperti casual, formal, costume or athletic, konsep pakaian seperti pakaian untuk majlis perkahwinan, pakaian sukan, pakaian carrier, pakaian musim sejuk dan sbgnye. kita juga perlu mesin jahit, gunting, pita ukur dan jarum. bila kita ada kesemua alat dan ilmu, matlamat kita untuk mencipta suatu rekaan yang akan dihakimi oleh hakim nanti bolehlah dimulakan. macam tu jugalah kita.

tak percaya? matlamat hidup kita untuk kembali kepada tuhan dengan sepenuh noble, honour and respect (nak cter bhs melayu dy apa eyh?). kita nak jumpa Allah di akhirat nanti dengan amal yang terbaik dan penuh blessing. kita mahu syafaat. jadi, di dunia ni kenalah ada ilmu yang boleh dipakai kelak. kan kan? ;)

emm ada tak uni yang sediakan kos yang jahat ek? *sorry. tetibe terfikir* ilmu tu dtg dari Allah. menjadi fardhu pada kita utk belajar ilmu fardhu ain. fardhu=wajib. ilmu sains, jatuh hukum fardhu kifayah. bak kata seorang akhi, "ummah memerlukan jurutera sepertimu". wow! very fantastic word just blasting a doubtful heart! aku cumalah bakal jurutera Marin (insyaAllah). bersediakah aku untuk berkhidmat kepada ummah?

yes.. cuti menyebabkan hatiku sedikit terganggu. lantaran peberetku adalah menonton TV dan bermain game bersama adik2ku, ibu kata, takde sebarang usaha yang aku lakukan untuk ibu kenang-kenangkan kelak. emmm.. terassa.. yes.. apa nak aku buat? tak mungkin nak menjahit cadar untuk ibu dan abah. tak mungkin nak susun atur semula perabot rumah andai takde bantuan dari dewasa yang lain. tak mungkin aku nak masak peach cobbler yang bunyi sangat sedap tapi aku tak penah makan tuh. yess! aku sedar. aku tak tahu buat apa2! huuu~~ :(

tQ encik google. :)


jadi hari ni, aku terfikir nak bersihkan kandang arnab tu. arnab tu dah buat lebih dari 10kg poops kat dlm bilik dia. belum kat bawah kandang tu lagi. sungguh aku tak mampu. err.. takde benda lain ke aku nak buat. akhirnya aku decide untuk tolong ibu buat nasik lemak untuk sarapan pagi ahad iaitu esok dengan harapan kami semua bangun pagi dan bersarapan dengan abah. jadi, sekarang sedang tunggu tumisan sambal nasik lemak masak benar sebelum tidur. my ability then, is just to help!

p/s; setakat tu yang termampu. harapnya ibu berpuas hati dengan kemunculan aku di rumah menghabiskan cuti.