::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Friday, December 31, 2010

entry di hari terakhir 2010

salam alaik.

pelbagai perkara dah berlaku sepanjang 2010. susah senang diharungi dengan tangis dan tawa. alhamdulillah. masih survive. :) hari jumaat. penghulu segala hari. dan hari terakhir bagi tahun ni. so, mana yg lagi special? jumaat ke 31/12? jawab ler sdri yer. hee~

mari ikuti rentetan peritiwa dahsyat yg berlaku pd sy sepanjang tahun ni.

***life***faith***career***

life sepanjang 2010 lebih baik dari 2009 generally. apa yang teruk adalah my love story. sudahnya, saya dah give up dengan cinta manusia. even dia adalah seorang yang saya pernah cintakan dahulu, alhamdulillah. saya boleh menanganinya sebagai hanya rakan. tapi tak selalunya berjaya. ia amat payah! lebih-lebih lagi telah dilamar oleh seseorang yang tidak saya kenali dengan rapat. hanya Allah yang tahu kenapa saya terima dia walau saya sendiri taknak. yes. love life saya agak sedih dan susah. jadi, lebih baik tak dilayankan sangat. semuanya bukan dalam bidang kuasa saya. biarlah Allah yang tentukan. life with family and friends, dengan friends nampaknya lebih baik. sangat baik. :) mula menambah rakan wanita dari kelas, team pelaksana pesta  konvokesyen 45 dan usrah. hee baru sekali join usrah kat UTM. dan...diminta menjadi imamah. +.+

faith atau iman. pakaian? akhlak? pemikiran? gaya? personaliti? masih usaha untuk lebih baik. masih seorang perempuan melayu jawa. belum layak dipanggil muslimah. perempuan islam yang faham agamanya.. bukan sahaja kena pakai baju tutup aurat dan boleh solat tetapi faham tentang sejarah diri, peranan dan paling penting menjadi individu muslim. muslimah pun belum berjaya, apalagi mukminah. hmm apa gelaran bawah muslimah? saya agak, mungkin zalimah. zalim terhadap diri sendiri jelasnya.

career saya sekarang adalah seorang pelajar atau mahasiswi. sebagai siswi dari Universiti Tendang Menendang, bukan mudah nak dapat result yang bagus lebih-lebih lagi bila anda seorang peMalas, tiada kawan (pengaruh baik) dan mengalami 'kesihatan dalaman' yang kurang memuaskan. oleh kerana itulah faktor kegagalan saya dahulu kala, 2010 telah dijadikan testing period. dengan mengubah segalanya, saya berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang agak cemerlang untuk rekod diri sendiri. terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sudi berkawan dgn saya dan mengajak untuk study group. terima kasih Allah kerana berikan sy kekuatan untuk berusaha walau menyakit M saya sangat kritikal. terima kasih pada Allah kerana memberikan saya ujian yg berat dalam love story, akhirnya saya menemui cinta Allah. dengan cinta Allah, saya berjaya mengurangi penyakit dalam hati.

***peristiwa***

10.10.10 - kemalangan 2 buah bas dan kenderan lain di PLUS area Pagoh.
10.10.10 - NautikaMaharani launcing date
02.11.10 - di saman polis on my birthday. tak bayar lagi sampai sekarang.
08.05.10 - kemalangan. mengalami kecederaan di hidung (patah) dan sekitar badan.
26.05.10 - di lamar oleh seseorang yang tidak dikenali dan menerimanya. T.T
18.12.10 - mabuk; first time drive dari Perak ke Negeri Sembilan
30.12.10 - Malaysia memenangi piala Suzuki & AFF (^_^)

=*=*=*=*AZAM=*=*=*=*=

azam bahador. hikhik. tahun ni, azamnya sgt besar dan berat iaitu
1) kurang online Sorority Life
2) tempoh online cuma 3 jam sehari
3) laksanakan Personal Task yang tercatat dlm diary :)
4) strive for Mardhatillah and Falah.
5) upgrade status of daughter, eldest, student and slave of Allah.

sy ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 (dah dekat ngn 2012 :p), selamat melaksanakan azam masing-masing, dan selamat bertugas sebagai hamba Illahi dan sebagai khalifah bumi, compete with kafirin, we are never a fakirin.

5 comments:

Unknown said...

kejab je dh msuk 2011

Cik Fafa said...

bnyk memori dngn anda...sngt!

MuNie said...

kwn, dtg dan pergi. umur, pergi dan takkan kembali.

HNY everyone. :)

Izzuddin Akmal said...

SELAMAT TAHUN BARU 2011....

Wamoshi said...

oh dah dilamar ke? tahniah.. semoga kisah2 pahit lalu dijadikan pengajaran dan pedoman masa depan cik muni.. :)
semoga menjadi muslimah baik demi bakal suami dan keluarga..