::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Monday, December 14, 2009

hari pertama

salam..

hari ni hari pertama semester 2 tahun 3. debaran amat terasa kencang tatkala memikirkan impianku untuk meneruskan pengajian di tahap yang lebih tinggi. selama hari ini berlangsung, aku gembira dengan setiap detik yang Allah aturkan untuk aku. Alhamdulillah ya rabb..

bermulanya dengan pengembalian roh ku dari alam seram tepat pada pukul 6.30 pagi. disusuli dengan meneguk air dingin dari botol bercap beruang ini dan terus melihat-lihat halaman aimsweb.utm.my dengan harapan tiada kelas di pagi hari yang suka membuta. kemudian menunaikan kewajipan di pagi hari selain melakukan kewajipan penyahtinjaan. kelas yang dihadiri juga tidak kurang meriahnya. melihat wajah-wajah pensyarah yang tidak sabar lagi untuk mencurahkan pengetahuannya amat berjaya melonjakkan sanubariku untuk menutupkan mata seketatnya walaupun mereka sedar insan2 yang tercongok di depan mereka rata-rata ibarat daun keladi tua yang miang dan amat degil. semestinya aku terkecuali. hoho

namun esok masih ada hari untuk dihidupkan dengan perasaan yang gembira dan semangat juang yang lebih tinggi. segala harapan semasa berkebun di sarang siput babi tepi teratak bonda ku sudah mula menujah jasad dan akal ku. segala perancangan belajar perlu diwujudkan berdasarkan kegagalan yang telah dialami sebelum ini. "learning from failure" ujar mereka. tauladanilah resam padi. semakin berat semakin tunduk.. namun tunduknya padi akhirnya dimakan jua. maka berfikirlah kita sewarasnya agar menjadi insan yang gilang gemilang membilang temberang. hahaha

perancangan pertama adalah MENCEGAH DIRI DARI MELAYARI JARINGAN WEB.

rasanya, ia langkah paling tepat untuk pelajar perempuan yang gila IT macam aku. lebih-lebih lagi bagi perepmuan-perempuan gila yang belajar IT. [tidak berkaitan dgn yg hidup mahupun yg sudah bertemu ajal.]

langkah-langkah lain termasuklah
--> rajin berkawan dengan ulama' (orang-orang yg lebih bijak dalam bidang ilmiah duniawi dan ukhrawi. elakkan bergaul dgn usahawan berjaya dalam bidang angan dan hasad.)
--> solat di awal waktu sepertimana aku makan di awal pagi. [padahal xtahan mkn srpn pagi. tapi solat tetap kena jaga ye kawan2.. betul betul betul...]
--> tidak khayal dan sentiasa memberikan sepenuh perhatian ke atas perkara ilmiah yang dilakukan laksana sedang menonton anime Bleach yang sangat suka berborak ketika sedang bertempur. lebih baiklah mereka buat hubungan diplomatik dengan kebolehan berbual dengan musuh yang mengacu pedang.
--> tidak mencampurkan hal ehwal peribadi ke dalam karier ku sebagai pelajar. tetapi hal ehwal perbendaharian amat perlu dititikberatkan selain menimba ilmu di kolam mekanikal ini.
--> borong kismis dari kedai borong jajan Sun Fatt kat Tmn U nih. sediakan juga air masak yang banyak untuk menelan kismis2 itu.
--> membiasakan diri untuk berkelakuan matang, rasmi dan teratur. agar sukar untuk menulis post ini atas sebab menginginkan Bahasa Melayu rasmi dimartabatkan dalam kehidupan seharian selain menggunakan perbendaharaan BM demi menggantikan perkataan2 Inggeris yang amat biasa dituturkan. [ce kome pikior cmne nk wat ayat formal pakei wording BM yg bombastik. adeh.. penin jugek kume.. ]

akhirnya, latihan karangan atau jurnal harian ini telah berakhir.

ia ditutup dengan ucapan : SILA GOSOK GIGI DAN GUNTING BULU HIDUNG YANG TERKELUAR DARI RONGGA GUA MUKA ANDA ITU.

~sekian~

2 comments:

waleed said...

semoga anda teguh dengan azam baru dan yang lepas dijadikan sebagai pedoman dan teladan...
semoga sentiasa di bawah payung rahmatNYA....
ALLAH BLESS YOU =)

Cik Fafa said...

insyaAllah..
sem ini akan ditempuh dngn kecekalan hati mnmpuh dugaan..
aku juga tidak terkecuali..
tapi dugaan untuk makan ayam penyet tidak boleh ditahan selepas balik dr bangladesh..=)