salam alaik..
dah lama kan i tak update? maaf ye. sedikit busy dan tak tenang. huhu. somehow, entry copy-paste ni sangat menarik dan memberi kesan pada hatiku ini. hukhuk. terima kasih pd Allah yang menggetarkan hatiku, menguatkan minatku utk terus membacanya ketika sedang tak tenang, dan memberikan perasaan yang macam ni..yang ni la.. ce kome rase.. haa tu dia. perasaan 'serenity' atau ketenangan dari tekanan setelah mengingatiNya.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebelum ini ada orang bertanya kepada saya bagaimana
Cara Memutuskan Hubungan Cinta.
Sebenarnya rasa cinta itu adalah fitrah manusia, walau bagaimanapun
fitrah itu ada peraturan dan panduan yang telah ditetapkan dalam agama
kita. Lebih-lebih lagi hubungan cinta yang tiada sebarang ikatan dan
cenderung kepada kemaksiatan.
Demi menjawab soalan yang telah
diajukan, saya dengan rasa rendah hati menyatakan saya bukanlah orang
yang layak memberikan pandangan muktamad. Kerana persoalan yang ditanya
itu berbentuk subjektif.
Cara Memutuskan Hubungan Cinta
antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza sama sekali.
Namun untuk tidak menghampakan pihak penanya, saya akan bentangkan di
sini sebuah
dialog antara ustaz dan pelajar yang ditangkap khalwat. Semoga
dapatlah kiranya kisah dialog ini diambil iktibar dan dijadikan
pegangan untuk membuat keputusan sewajarnya! Selamat membaca..
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz:
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman
dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang
pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam
dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah
S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali
ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus
perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar:
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada
orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua
muka pun.
Ustaz:
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan
mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti
di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah
itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz:
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan (berpegang-pegangan) , ada zina mata (melihat kekasihnya dengan
perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu
khayalan berahi dengan kekasih sepertima na yang dinyatakan oleh
Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan
(menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah
ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju
kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau
melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz :
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan
berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang
yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis
ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar : Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz:
Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak
macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana
pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau
duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan
sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz:
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak
adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis.
Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis.
Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz:
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri
ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah
fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal
namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan
oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong
pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang
tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh
pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan
jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan
segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz:
Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah
ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam.
Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,
ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu
perkahwinan . Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tidak ada yang lebih patut bagi
dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya,
kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat , rindu. Kemudian aturkan
pertemuan . Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan
dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam
keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz:
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri
menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Bersambung: Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2
sumberku: http://wanwma.com/soal-jawab/jawapan-cara-memutuskan-hubungan-cinta-1/