::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Saturday, February 18, 2012

cara-cara kawal menguap

salam alaik..

heee.. sape ada cara? terutamanya time solat. baru pakai telekung dah nguap. dahsyat tol kan?

kome kalo nguap takdenye comey ghope baby ni.. keh3

ok.. ni khas utk SOLAT. cara-cara penyediaan:

  1. sebelum pergi wudhuk, sematkan dalam hati nak solat, nak mengadap Sultan kepada sultan, nak menghadap Si Dia yang menciptakan diri ini.
  2. sebelum takbiratul, baca surah An-Nas (cari tafsirnya yer)
  3. ok, sila fokus time solat.  bila mula hilang fokus, maka bermulalah sesi menguap atau bersin atau nak terkentut atau gatal kat tempat yang susah utk digaru. hukhuk T_T
  4. if bgn utk solat subuh, make sure bangun awal sket and wat senaman ringan. (selalunye if nak sangat tido balik pas subuh, memang laa takdenye nak senam dulu kan. huhu)

kemudian, bila mula nak menguap je, cubalah perkara-perkara di bawah. tak perlu buat semuanya sekaligus yer. pengsan lak kang, batal solat terus. hoho
  1. berhenti dari membaca bacaan solat sebentar (ni mesti kena buat dulu sblm cara lain)
  2. tarik nafas dalam-dalam
  3.  ingat semula niat tadi nak solat utk Allah. (Allah tak rugi bila kita solat main-main, kita yang rugi sendiri kan?)
  4. tahan nafas jap
  5. bayangkan kita nampak orang kecintaan kita depan mata, nak ke nguap dgn tak malunya depannya, apatah lg depanNya?
  6. pejam mata dlm solat mmg tak digalakkan tp kadang-kadang ia buat kita lebih khusyuk.

hmm setakat ni, tu je la kot. apa-apa pun, kuncinya adalah khusyuk. if dapat sampai mengalir air mata, ada ke menguap lagi (kecuali ngantuk benor dah la). so, jgn solat lewat-lewat yer munie, lagi-lagi waktu isyak & solat subuh. 


well, nape kita kena kawal nguap? sebab syaitan laaa.. ape lagi. dia tak nak kita khusyuk. sabda Rasul,

"Nabi SAW melarang menguap dalam solat dan baginda bersabda: Hendaklah ia menahan dengan tangannya pada mulutnya kerana syaitan mentertawakannya."
(HR. Al-Hakim, At-Tirmidzi)


wokeh. good night y'all~! sapa lum solat, pegi semayang cepat. :)

Wednesday, February 8, 2012

jatuh cinta pada..

salam alaik.

tak puas dengan update 1 entry sahaja, semata. ;) february, ada ulang tahun kelahiran baginda rasul s.a.w., ada ulang tahun kelahiran ibu, sebelum tu tahun baru, tahun baru cina dan hari isterimewah iaitu valentine's day. ohoho. maka penuhlah movies dan program tv di astro mahupun di panggung dengan filem-filem cinta. <3 best kan tengok love stories? heeee.. =3

pernah bercinta kan? tipu tak pernah... :p sape yang tak pernah bercinta, kesian kat awak. pegilah adopt kucing kat mana-mana cafe or market ye sebagai permulaan. cintakan haiwan. ;) pernah terbaca karya penulis hebat di malaysia, perasaan cinta yang kita nak sebenarnya bukan pada orangnya tetapi pada perasaan cinta itu sendiri. 

saya sayang kucing yang sayangkan saya :p

jadi saya fikir, 'ohh mungkin sebab tu la, even kena kawen paksa pun, cinta tu masih boleh datang kemudian'. hmm.. so i've been thinking, 'boleh la aku kawen paksa yek?' ahaha.. takde sape paksa aku kawen sebenarnya, cuma aku je yg rasa yg aku perlu paksa diri aku utk kawen. aiyaa.. nape tetibe kuar soal aku yg kena kawen?

hmm.. bersabarlah wahai hati. bercinta dengan kucing memang tak dapat nak kemana.. bercinta ngan manusia pulak, asyik berlari entah kemana pulak. maka bila bercinta dengan Allah (which is aku sendiri baru nak berkenalan dengan Kekasih ni), pergi kemana pun aku, cintaNya tetap mengiri aku. segan kan? uhukhuk.

bukan takde modal, tapi perasaan cinta dan rindu pada bakal suami yang aku tak pernah jumpa dan tak pernah kenal sedang melarat sejak-sejak ni. tapi takkan nak bagitau pulak kat readers kan? eh. dah terbagitau?? :D 

hee mane ade la. *muni tipu!* 

kan dan nak sambung belajar, maka kenalah rajin dari rumah lagi. lebih-lebih lagi inilah peluang terakhir nak duk rumah rilek-rilek buat jangka masa 3 tahun akan datang. uhukhuk. selamat tinggal kemalasan. selamat datang kerajinan. selamat tinggal cinta degree. selamat datang cinta master/phd. keh3. itulah sebenornye. *tipu lagi weh!* sy cintakan suasana rumah dan perasaan malas rilek kat umah sedangkan tak patut ada bagi mana-mana gadis apatah lagi bila teringin nak bersuami. *cerita kawen lagi?* 

p.s. pada readers semua, selamat malam. sebelum tidur, call la Dia sekejap.. then, sms la kekasih kita tu. birthday baginda aritu, bagi hadiah tak? :)

Happy Birthday to my Ummi

salam alaik.

asal update je, nak cakap kan? semak bersawang la bagai. tulis je la pointnye kan? :p

simple. just to wish my mum. Puan Rohani. selamat hari lahir. semoga ceria-ceria selalu di bawah lembayung rahmat Illahi. :) 

my cun mom. ;)

ibu tak baca blog. even nak jenguk facebook pun malas. jadi takde makna mengayat panjang-panjang kat blog atau status facebook sedangkan lagi baik ucap sendiri kat ibu. tadi masa wish, tak berapa nak seronok sebab ibu tengah batuk. adeh kesian beliau. tapi macam biasa, awkward. tak tau nak cakap ape. huhu. just tengok. hmm just dengar je precisely. T_T

so, semoga ibu cepat sembuh. ibu dah makin tua. kena banyak rehat. eh, ibu rehat means, aku lah yang wat semua kerja rumah? erkkk.. ok. dah biasa. heh.

yes. dah lama tak post/share ilmu. just moralnya malam ini adalah, sy kerinduan utk jadi rajin dan punya akhlak yg terbaik. namun atas sebab yang sy kurang pasti, sy rasa sy sgt useless di rumah. rasa takde beza. hmm. jadi.. macamane dengan misi anak solehah yang sy semangat sangat dulu tu? =_='