nak tercabut pundi kuncing aku gelak!
::status::
Assalamualaikum!
Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.

with love, Munie..
Sunday, August 12, 2012
Monday, July 23, 2012
The Road Not Taken
Salam alaik.
Everytime I read this poem, I remembered to my Dearest friend, Miss Fafa. =)
*****
Dear Myself,
This is life you try to maneuver. This is a big deal. Live your life now, Munie!
Cabar-mencabar di bulan Ramadhan
Salam alaik.
Tertarik dengan entry APG. Wah, pantang benar saya dicabar. :)
p.s. Allah.. Sempatkanlah aku..
Tertarik dengan entry APG. Wah, pantang benar saya dicabar. :)
| click gambar utk ke APG =) |
Alhamdulillah, awal-awal lagi, IKRAM Johor dah sediakan borang mutabaah amal dan kalendar waktu solat (berbuka dan sahur) sebelum ramadhan lagi. InsyaAllah, cabaran ini lebih berstrategi dan berkesan.
![]() |
| Jadual waktu Solat dan berpuasa di Johor |
![]() |
| Checklist Amal di bulan Ramadhan |
Sepanjang umur penghuni syurga ini, tak pernah saya terfikir mahu beramal
sesistematik ini. Saya berterima kasih kepada madrasah tarbiyah yang
memprogramkan silibus ke madrasah Ramadhan. Juga terma fastabiqul khairat yang
saya tak pernah tahu apa maksudnya, di bulan ramadhan ini, saya jumpa maksudnya
dengan mata kepala hati saya sendiri. Alhamdulillah. Bukankah ini hadiah Tuhan
kepada si leka (saya)?
Dia sentiasa ingat pada kita, sedang kita selalu melupakanNya. Dia sentiasa dekat pada kita, sedangkan kita yang selalu menjauhkan diri dariNya.
via M.A.K.Z.A ~ "orang yang jiwanya bersih dengan taqwa, fikirannya jernih dengan iman, akhlaknya biasa dengan kebaikan, nescaya dia akan mendapat CINTA ALLAH dan cinta manusia yang hatinya mencintai Allah" (",)
p.s. Allah.. Sempatkanlah aku..
Thursday, July 19, 2012
kebun cili di tepian jalan dakwah
salam alaik
Tak ditujukan pd sesiapa actually. Dah lama simpan dlm hati perkara ni
terhadap ramai org yg muni jumpa slama muni hidup ni. Sesama akhawat, sesama
kwn yang berusrah mahupun tidak, sesama ahli keluarga dan ramai lagi orang
lain.
So, jika antara kalian ade yg termakan 'cili' muni, especially rakan-rakan
di group Circle Munie di Facebook, (muni sure pasti ada) muni mtk maaf sgt2. Bkn
directly tuju pd kalian tapi semoga kalian dpt sdikit pengajaran or at least
tau ape yg muni rasa. Jujur muni terkilan. :(
Muni xpenah beralasan, harapnya kalian pn begitu. Muni tak cakap muni
bagus dan muni tak leh nak suruh semua orang jadi sama atau lebih baik dari muni. Semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cumanya, hargailah usaha org lain dlm usaha dakwah ni. Kan dakwah tu
maksudnya mengajak, juga menegah perkara yg dilarang agama. Bukan mudah nk
mengajak orang, lagi-lagi dlm perkara kebaikan tau? Lebih mudah nak ajak orang
pergi tengok wayang dari ajak orang iktikaf di masjid kan? Dan dalam usaha
mengajak (dakwah) ni banyak usaha yang dilakukan. Ada yg susah-susah wat event
seperti daurah, usrah, jaulah, iftar,etc, ada yang menjemput, ada yg menyusun
kata utk menasihati/memperingat or buat slide utk presentations dakwah hinggalah sekecil-kecil jadi tukang drebar, tukang masak, tukang fotostat. Percayalah ia memang berat dan sukar dan selalunya perkhidmatan mereka adalah FREE OF CHARGE!
Jalan dakwah ni bukan mudah kerana ia melibatkan manusia yang berakal. Lagi senang nak ajak ayam masuk reban tau? Dakwah dan tarbiyah memerlukan
keikhlasan dan kesabaran. Dah lah kena berhikmah pula. Kan? Maka dengan itu,
sejauh mana kita ikhlas nak bantu agama Allah? Dan paling tidak, sejauh mana
kita nak bantu diri sendiri? :(
Astaghfirullah.. Jari yang menaip ni, hati yang
menukilkan dan mata yang melihat ni lebih dekat dengan mesej ini. Teguran utk
muni diri sdri dan smga bermanfaat pd kalian sidang pembaca.
Oleh itu, sesiapa yang termakan 'cili' yang diadun dengan belacan kasih
sayang muni ni, ketahuilah, yang menumbuk sambal ni amat mencintai kalian (i
cried typing this). Saya sayangkan kalian kerana Allah. Tak tipu. Makanlah sambal
ni dengan nasi ulam dan ikan masin. Pedas tapi sedap dan insyaAllah saya harap kalian akan 'kenyang' nantinya. Bersyukurlah organ perut anda dah kenyang makan rezeki Allah bagi. Inilah masanya nak 'bayar balik' harga rezeki yg Allah 'belanja' kita setiap hari dan kita mahu perut
ruhi kita juga kenyang, perut neraka kosong sikit tak ramai orang masuk dan banyak perut-perut yg kebulur di sempadan benua sana terisi dengan rezeki Allah yg Maha Pemurah.
Hari ni muni menumbuk lumat cili-cili ni utk kalian makan, harapnya next
time kalian pula yang sudi kupaskan bawang utk muni. Biarlah pedih berair mata,
insyaallah hidangan itu pasti lazat.
p.s. Post ini paling sukar utk sy ditulis dan rasanya agak sukar utk dibaca.
Kan? Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak, mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, mohon dihalalkan yg terlebih dan yg terkurang.
Thursday, July 5, 2012
Jar DIY
not much but i like it. :)
1) the red bead is 'saga' seeds i collect under 'saga' tree.
2) this is honey jar. the lid is quite wear so i paint it with yellow oil paint
Subscribe to:
Posts (Atom)




