::status::


Assalamualaikum!

Thank You for visiting me page. May Allah bless you with understandings, happiness and forgiveness.



with love, Munie..

Thursday, September 13, 2018

Blogger ada app. Testing ;]

Tak sangka blogger ada app.

Sekarang zaman orang tak membaca, banyak menonton & baca testimony barang atau confession je. Itupun di Facebook (hat tua² umur 25 tahun ke atas je), Instagram, Twitter.. Dan socmed paling mudah adalah di whatsapp. Haha bersepah status students mengata itu mengata ini. 😂 Maka bolehlah Blogger dijadikan tempat bersarang para jiwa yang ingin meluahkan rasa tanpa dikhuatiri dibaca oleh sesiapa.

Keindahan media sosial adalah kebebasan bersuara tanpa sakit tekak. Kah!

Walaupun ada tetapan (setting) private, jika ada yang baca, seronok juga kan? Hehe.. At least kita tahu, ada jugak oranf yang mendengar jeritan batin (wah kau ayat 😂) yang dipendam lama. Haha.

Sebab tu page confession iium tu popular kan? Ish ish.

Ada orang yang introvert dan cekal iman berpendapat, kau tak puas lagi ke meluahkan hati dan rasa pada Tuhan pencipta alam? Hmm.. Kau nak jawab apa?

Jawab jelah, tak!

Nabi Adam duduk di syurga yang hiruk pikuk keindahan tu merata-rata, nabi Adam berkawan dengan malaikat dan para penghuni syurga, nabi Adam seorang insan yang paling dekat dengan Allah, kental imannya, kuat zikirnya, masih sunyi tanpa kehadiran sebuah nyawa, masih Allah ciptakan ibunda Hawa untuk bapa Adam. Untuk apa? Kerana itulah fitrah manusia, memerlukan belaian manusia lainnya...

Jadi, tiada belaian dari manusia lain, hidup dalam alam maya di media sosial, kita sedang merawat kesunyian kita. Kita hidup dengan manusia, bagaikan nabi Adam hidup dengan para malaikat, masih sunyi kerana separuh dari kita, tiada di sisi.

Janganlah kita rasa sedih, derita, kelainan, terasing, self pity.. Kita gunakanlah apapun medium halal untuk isikan kesunyian ini. Sentiasalah buat yang baik, moga hasilnya juga baik.

Sementara menanti murid tuisyen datang, ngetest app blogger baru install. Hehe.

Review 1 :

I) tak boleh upload gambar
II) bila dah pilih gambar, tak boleh post, app akan stop.

No comments: